Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Entry hari nie lebih hangat dari biasa... tetiba jer terpikir sebab yela dah macam macam dah dgr zaman skarang nih kan... naik pening... huhu.... well topik Homoseksual --> Adakah ini satu kehendak ataupon satu ketentuan... ermm jom bincangkan...
Apa itu homoseksual?? Homoseksual ni adalah kecenderungan memiliki perasaan suka atau pon ghairah ataupon ingin mencintai dan dicintai oleh kaum sejenis... jika lelaki dgn lelaki maka ia dipanggil gay, dan perempuan dgn perempuan dilabel lesbian... Gejala ini saban hari semakin menjadi jadi malah sudah menjadi trend di beberapa negara...
Apakah homoseksual ini satu ketentuan?? Ada diantara mereka yg aktif dlm gejala homoseksual ni menyatakan mereka telah ditakdirkan utk jadi sebegitu... Tidak bisa melawan takdir serta tak berupaya utk keluar dari kancah homoseksual ni... Bagi mereka homoseksual ni telah ditentukan kepada mereka sejak azali lagi... ish ish ish ~~~
Apa punca homoseksual ni yah?? Well.. homoseksual ni merupakan penyakit jiwa... berpunca dari kegagalan cinta terdahulu membuatkan mereka stress dan tidak lagi membuka hati mereka untuk kaum yg sepatutnya... Ada juga sbb dipengaruhi persekitaran, dimana mungkin sepanjang hidup mereka cuma bergaul dgn kaum sejenis, lebih selesa dgn kaum sejenis contohnya bersekolah di sekolah sejenis dan mungkin mempunyai krisis kecelaruan jantina ataupon seksualiti... ada juga yg bermula dgn satu paksaan/ titik hitam seperti diliwat oleh sesiapa... ermmm ~~
Batas pergaulan antara kaum sejenis yg tidak dikawal juga boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam kancah homoseksual ni... selalunya golongan yg mudah untuk terjerumus ni di antara umur 13-18 tahun di mana kecenderungan untuk mengeksplorasi seks adalah tinggi di waktu ini... Jadi jika salah laluan maka boleh menyebabkan mereka terus bergelut di dlm noda homoseksual...
Ada juga yang menjadikan homoseksual ni sebagai satu kehendak... memilih untuk hidup seperti ni juga ada faktor ataupon punca yang menyebabkan mereka memilih homoseksual sebagai gaya hidup... Perpecahan keluarga ataupon penceraian ibubapa merupakan salah satu faktor, dimana pengalaman perit ini sentiasa menghantui mereka dan mereka tidak mahu lagi ataupon fobia dgn cara hidup ini...
Mereka menyangkakan perkahwinan antara lelaki dan perempuan adalah satu keperitan, malah mungkin satu kekejaman dimana si suami akan memukul isteri... pengalaman ini akan membuatkan mereka lebih cenderung memilih homoseksual atas sebab takot serta fobia dgn apa yg berlaku jika memilih pasangan kaum yg berlainan...
Walau apapon, elakkan la diri dari terjerumus dlm kancah homoseksual, tidak kisah kehendak mahupon ketentuan... Marilah kita kembali ke landasan yg lurus berpandukan ajaran Islam : Al-Quran dan Sunnah... Sesungguhnya homoseksual ini adalah dilarang serta dikutuk oleh Allah S.W.T...
Jika anda masih didalam kancah homoseksual, masih tidak terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan... mohon keampunan dari-Nya... jadikan ia satu kekhilafan kita di masa lampau... Ya, kita mmg tidak sempurna tapi kita mampu berusaha untuk jadi sempurna... InsyaAllah... Iejam pon tak sempurna... apa yg Iejam ceritakan based on pengalaman time skolah dlu byk dgr cerita... yela sekolah lelaki semua... so macam macam la kan... huhuhu... k la... penat membaca kan... so jom ayuh komen komen sikit....
- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -
1 comment:
ramai kawan yg homo ni. lagi terkejot bila tgk laki nampak straight tapi sebenarnya....owh tidak!
Post a Comment