Wednesday, September 1, 2010

Jangan Disakiti Dia

Salam Mesra semua...
pada pendapat aku, korg semua msti pernah mencintai dan dicintai seseorang...
adakalanya, ada yg meminati korg...
so..post kali ni tentang...
Jgn kecewakan org yang mencintai korg...

di bawah ni..adalah sebab kenapa korg tak boleh mengecewakan insan yg mencintai korg...sama2 kita baca...huhu~~~

1] Orang yang mencintai korg tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai korg. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada korg satu-satunya.

2] Walaupun korg sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting korg bahagia dan korg tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai korg selalu menerima korg apa adanya, di hati dan matanya korg selalu yang tercantik walaupun mungkin korg merasa berat badan korg sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai korg selalu ingin tahu tentang apa saja yang korg lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan korg.

5] Orang yang mencintai korg akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun korg tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika korg menyambut hari tahun dan korg tidak mengundangnya ke majlis yang korg adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai korg akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama korg, bahkan mungkin kejadian yang korg sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai korg selalu mengingati setiap kata-kata yang korg ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang korg sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai korg.

9] Orang yang mencintai korg akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran korg, bahkan mungkin meminjam CD milik korg, kerana dia ingin tahu apa kegemaran korg - kesukaan korg kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan korg, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu korg mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan korg kerana dia bimbangkan tentang korg, peu tntang korg.

11] Jika korg mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada korg.

12] Orang yang mencintai korg akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat korg itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai korg akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan korg, sehingga korg menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana korg telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai korg selalu ingin berada dekat dengan korg dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan korg.

15] Jika suatu saat korg harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar korg waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada korg. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan korg, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai korg bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai korg sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan korg di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan korg.

18] Orang yang mencintai korg kadang-kadang merindukan korg dan melakukan hal-hal yang membuat korg pening kepala. Namun ketika korg mengatakan tindakannya itu membuat korg terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika korg memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun korg mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu korg. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan korg walau sesukar mana permintaan korg.

20.Kalau korg melihat handphone-nya maka nama korg akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari korg walaupun ia korg kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat korg di tempat khas dan segala pemberian korg menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika korg cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan korg, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat korg merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu korg kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu korg.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa korg memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu korg terbeban dengan karenahnya. saat korg pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan korg, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada korg? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… korg akan menyesal melakukannya!! Betul~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks