Thursday, February 7, 2013

Segmen Go Green Campaign

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bagi menggalakkan gaya hidup hijau (go green), jadi Iejam buat Go Green Campaign untuk semua blogger blogger join... huhu... Pakat sama sama amalkan gaya hidup hijau dan jom tolong Iejam sebarkan kempen gaya hidup hijau ni pada semua rakan rakan blogger kita... lgpon ni 1st time Iejam buat... saya budak baru belajar.. huhu~~


Apa yg Iejam nak capai dgn kempen ni adalah Iejam nak sebarkan semangat Go Green kpd semua blogger yg ada... so bleh la kita pakat2 menjaga alam sekitar kita yg kini berdepan dgn ancaman pencemaran serta sifat lalai kita sehari hari selain membantu rakan2 blogger yg laen utk saling kenal mengenal antara satu sama lain dan menambah bilangan follower masing2... menarik tak..?

Caranya mudah jer... camni tau:

1. Buat entri "Go Green Campaign" : korg bleh kongsi apa yg korang dh buat or akan buat utk sama2 menjaga alam sekitar...  ceritakan aktiviti go green yg pernah korang join ker... it's up to you okay ~~

2. Jgn lupa sertakan Banner Campaign Iejam dlm entri korang tu... (cantik tak banner tu? hehe...)

3. Sertakan link blog post korang kat komen Iejam. So Iejam letak korg dlm senarai blog list Iejam, harapnya bleh letak semua la...if tak bleh Iejam buat list tu kat bwh komen ni dan diupdate utk korg (I'll decide which one better okay, any suggestion gtau Iejam okay...)

4. Rerajin la BW and follow rakan2 blogger yg join kempen Iejam (suka dgn blog Iejam? follow Iejam sgt lah dialu-alukan... hehe~)

5. Iejam buat kempen nih sepanjang bulan Februari 2013... so till 28 Februari 2013 lah~~

6. Iejam buat go green ribbon, so korg bleh la letak kat blog korang mcm Iejam letak kat blog Iejam, tanda korg bersemangat go green...huhu~~
Itu jer... Iejam xnak susah2kan korang semua... yg penting korang sama2 tlg Iejam sebarkan kempen ni supaya lebih ramai yg akan menjaga alam sekitar demi kelestarian generasi masa depan... insyaAllah ~~



CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA

BR1M 2.0 : Horeyyy~~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haaa nak dijadikan cerita td, b4 g amek adek kat sekolah... abg posmen sampai haaa... bg surat... usha punya usha.... Terus lebar jer senyum Iejam lebih dari telinga nih haaa... apa kes...? hahaha~~~

Apa lagik korang... kat surat tu haaa tertulisnya... URUSAN SERI PADUKA BAGINDA... yg tu cm okay lg... pehtu yg kat bwh tu... BR1M 2.0... haaaa yg tu yg buat Iejam senyum lebar tu... hik hik~~


Alhamdulillah... permohonan Iejam telah diluluskan... so dpt la Iejam merasa buat pertama kalinya BR1M 2.0 untuk bujang cm Iejam nih... huhu... rezeki dari Allah SWT jgn ditolak... huhu....

Apapon terima kasih PM dan kerajaan kerana sudi berkongsikan pendapatan negara dgn rakyat jelata... Kamsahamnida...~~~ SO... korang cmna...? dah dpt ker...?


CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA

Wednesday, February 6, 2013

Ramalan Shio 2013 (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2013 merupakan tahun ular. Orang yang bershio kerbau mempunyai banyak kesempatan bagus, seperti kesempatan naik jabatan bagi orang bekerja. Saat sudah memiliki kekasih juga sudah boleh ke jinjang pernikahan. Bagaimana dengan anda?

Bila ingin mengetahui kejayaan anda di tahun 2013, jom semak peruntungan shio tahun depan bahagian kedua dari Tjong Kwan Seng atau lebih dikenal dengan nama Suhu Yo.

7. Babi
Babi bermusuhan dengan ular sehingga gerak-geriknya sentiasa diawasi ular. Babi banyak kegagalan dalam percintaan, kewangan juga sangat boros. Pekerjaan atau usaha juga banyak cubaan membuat babi di tahun 2013 terlalu stress.

Dalam perhitungan Fengshui, babi di tahun ular ialah Ciong besar. Bagi yang lahir tahun 1959 dan 1947 akan sakit teruk bahkan berisiko kematian. Untuk yang lahir tahun 1971 dan 1983, akan ada pergolakan rumah tangga dan yang lahir tahun 1995 harus berhati-hati ketika bergaul. Babi harus cisua atau buang sial agar tidak terjadi masalah di tahun ular.

Sering-sering pasang lilin untuk pencahayaan rezeki dan peruntungan anda. Permusuhan dengan orang lain harus dihindari, apalagi dengan saudara dan teman dekat. Berupaya melakukan pendekatan dengan orang-orang yang memusuhi anda. Kata-kata kasar jangan disebut. Kalau tidak tahan hindarkan saja kerana diam adalah emas.

8. Tikus
Tikus terlalu sibuk sehingga melupakan kesihatan. Tikus harus banyak istirehat sepanjang tahun agar kadar kesihatan tidak menurun. Kurangnya tidur akan membuat tikus stress, terutama kerana besarnya keinginan membuat tikus banyak berhutang.

Tikus harus mengambil sikap untuk menurunkan keinginan yang berlebihan. Tidur lebih awal dan tidak mengurus berbagai urusan kecil. Tikus akan beruntung kalau berhemat dan semangat. Kejadian yang akan menimpa tahun ular adalah masalah keluarga, harus saling percaya satu sama lain agar tidak saling curiga.

9. Kerbau
Kerbau diberi keutamaan oleh ular sehingga banyak kesempatan bagus yang akan diperolehi, seperti kesempatan naik jabatan bagi orang bekerja. Saat sudah memiliki kekasih juga sudah boleh masuk ke jinjang pernikahan. Kerbau sering menunda-nunda pekerjaan dan bermalas-malasan karena kesempatan untuk maju di tahun 2013. Semua masalah akan selesai dengan baik.

Kesihatan kerbau masih diselimuti dengan stress dan kelelahan. Jalan untuk mengatasi stress adalah dengan menjauhi orang-orang yang bermasalah serta tentunya dekat dengan yang baik. Bersukan sangat baik untuk menaikkan daya tahan tubuh agar tidak kelelahan.

10. Singa
Singa sangat ditakuti oleh ular sehingga singa pada tahun ini ialah ciong. Banyak stres karena masalah kewangan. Pengeluaran besar dari pihak keluarga yang membutuhkan singa untuk membantu yang tidak mampu ditolak oleh anda. Mengatur kewangan 'seketat mungkin' sudah boleh dilakukan bagi mengelakkan dari menghadapi stress.

Hindari ajakan kerjasama dan tergiur akan barang milik teman agar tidak membuat anda membeli barang yang tidak berguna. Kesihatan menurun membuat anda mudah terkena selesema, batuk, dan gatal kerongkong. Banyak makan buah akan meningkatkan imunisasi dalam tubuh sehingga tidak mudah terkena penyakit. Rasanya singa sulit menerima keadaan yang sering membuatnya kecewa. Hemat tahun 2013 boleh membuatkan anda melewati tahun ular.

11. Naga
Naga setelah berkuasa pada tahun 2012, sekarang turun takhta. Stres karena kebanyakan masalah pada tahun 2012 sehinggakan di tahun depan anda harus giat bekerja untuk diri sendiri agar bisa lebih mapan. Naga banyak pengeluaran yang harus dibendung kerana kebutuhan peribadi harus difikirkan dua kali agar kewangan meningkat.

Bangun tidur harus lebih awal agar rezeki tidak dipatuk ayam. Banyak musibah datang, untuk itu hindari perjalanan yang jauh dengan kendaraan berroda dua atau empat. Apa yang ada sekarang harus disyukuri dan dipupuk agar ia dapat membuat anda lebih maju kedepannya. Fikirkan untuk menikah jika sudah ada pasangan yang cocok.

12. Kelinci/Arnab
Kelinci/Arnab yang tegar pada tahun ular ini mendapatkan rezeki. Banyak tawaran kerjasama. Pekerjaan yang ditawarkan pun membawa penghasilan yang besar. Kelinci/Arnab tidak boleh sombong jika tidak mahu dijauhi temannya.

Kelinci/Arnab tidak boleh minum minuman bersoda ataupun terlalu manis yang mengakibatkan mudahnya naik berat badan anda. Kelinci/Arnab di tahun 2013 sangat mempesonakan sehingga banyak yang mengagumi. Kalau ada kesempatan untuk merantau jauh, lakukan saja.

Kesihatan kelinci yang kurang baik ialah di bahagian perut dan tekanan darah rendah. Murah senyum agar rezeki berlimpah serta disarankan memakai banyak warna putih, kuning, merah, dan oren.


Sekian saja ramalan shio bahagian 2... bagi yang blom membaca bahagian satu boleh klik SINI.

p/s: Ramalan ini berdasarkan kepercayaan kaum cina, bagi beragama lain disarankan berpegang teguh pada kepercayaan dan agama masing masing...

Ramalan Shio 2013 (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Chinese New Year bakal menjelang tiba. Pasti ramai kaum Cina sudah mula menilik nasib shio masing masing. Shio adalah zodiak Tionghoa untuk melihat peruntungan nasib setiap tahun. Tahun 2013 ialah tahun ular. Orang yang lahir pada tahun ular akan mengalami masalah kewangan di 2013 dan sering sakit kepala sepanjang tahun. Untuk tahu lebih lanjut kejayaan anda di tahun mendatang, jom semak ramalan shio 2013 bagian pertama dari Tjong Kwan Seng atau lebih dikenal dengan nama Suhu Yo.

1. Ular
Orang yang lahir pada tahun ular akan terlalu sibuk sehingga sukar mencari wang. Kemasukan wang berkurang dengan adanya pengeluaran yang semakin besar membuat ular di tahun ini kekurangan wang. Kurangnya wang membuat ular lebih beremosi dan sering sakit kepala sepanjang tahun. Dikhianati pada tahun 2013 membuat ular kecewa dengan teman-teman terdekat. Belum lagi tuduhan datang bertubi-tubi. Kecelakaan kecil sering terjadi kerana kelalaian dan kurangnya berhati-hati. Cubalah lebih berhemat dan berhati-hati dalam berbicara untuk membuat peruntungan lebih baik. Anda juga perlu mengurangkan memakan makanan asam pedas.

2. Kuda
Orang yang lahir pada tahun kuda adalah pekerja keras, rajin, tapi di tahun ular anda jadi pemalas. Kuda kurang ghairah pada tahun ini. Banyak kesempatan yang datang tapi ia berlalu pergi. Kuda harus menghindari minuman yang manis agar tidak berisiko menghidapi diabetes militus. Kuda jangan suka berdebat terutamanya pada yang berusaha atau bekerja kerana itu akan membuat anda kurang disukai. Kuda sering kelelahan pada tahun ini kerana tidurnya terlalu lewat malam.

Kuda tahun ini jika ingin merantau jauh hendaknya ditunda terlebih dulu. Banyak rompakan dan pencurian mendominasi anda di tahun ular. Jangan suka mempamerkan barang-barang yang berharga, rajin-rajinlah beribadah agar terhindar dari malapetaka atau ancaman jiwa. Kuda yang baik perlu mendengarkan kata-kata orang tua, berfikirlah supaya cepat lulus bagi yang masih belajar. Jika bekerja, rajin-rajinlah dan utamakan disiplin waktu. Semoga kuda tahun ini selamat.

3. Kambing
Kesehatan kambing kurang baik pada tahun ular, terutamanya mereka yang lahir pada tahun 1955 dan 1943. Diabetes militus mengakibatkan stroke akan mewarnai kehidupan anda di tahun 2013. Kewangan kambing menurun dan banyak pertengkaran dengan keluarga membuat stress yang berpanjangan. Pada 2013, anda harus sabar dan banyak beramal sehingga membuat anda terlepas dari penderitaan berlanjutan. Kadang kadang kambing akan mengabaikan nasihat doktor sehingga akan menyesal di kemudian hari.

Jangan meninggalkan rumah sebelum memeriksa dapur dan mematikan aliran elektrik kerana harus berwaspada dengan risiko kebakaran di tahun ular. Kesabaran kambing sangat diuji yang akan membuat anda lebih emosional. Kambing perlu waspada dengan teman dekat atau saudara yang hendak meminjam wang karena tahun depan kambing akan kehilangan banyak wang.

4. Monyet
Tahun 2013 bagi warga monyet adalah tahun Ciong. Banyak sekali masalah yang bakal menimpa, seperti kehilangan pekerjaan, usaha gagal, serta beragam keributan yang terjadi dalam hubungan asmara. Monyet dengan ular memang kurang harmonis sehingga pada tahun ular anda sangat tertekan.

Kalau ingin membeli sesuatu yang memberatkan kewangan, lebih baik difikirkan dua atau tiga kali. Bila tidak terdesak dan bisa ditunda maka tundalah terlebih dahulu sehingga ke tahun hadapan. Monyet harus berusaha tegar, diam, dan senyum pada tahun ular. Jika ingin menang, jangan melawan dengan jalur hukum. Usaha perdamaian membuat monyet lebih aman.

Monyet yang cerdas tidak bisa bebas beraktiviti pada tahun ini, alangkah baiknya berkecimpung di dunia sosial dan memperbaiki hal-hal kecil di rumah anda supaya lebih bermanfaat. Monyet perlu memperhatikan kesihatan saraf. Istirehat dan tidur lebih awal membuatkan badan sihat dan tidak lupa berbuat amal dengan orang sekeliling untuk membantu memperbaiki peruntungan monyet di 2013.

5. Ayam
Ular takut dengan ayam sehingga tahun 2013 ayam sangat beruntung. Banyak kwijin (dewa penolong) yang membantu sehingga ayam mempunyai kesempatan membuka usaha baru. Bila ayam bekerja, banyak yang akan dihasilkan. Begitu pula bagi yang belum mendapat jodoh. Tahun depan ayam memiliki peluang besar untuk menikah. Wow~~

Akan tetapi, ada satu yang harus diperhatikan di tahun ular, kesombongan ingin cepat kaya sehingga ayam terjatuh jika melakukan usaha yang berspekulasi tinggi, seperti judi, forex, atau saham. Ayam akan bersinar terang dan boleh berjaya sepanjang tahun 2013. Banyaklah beribadah, membantu wang kematian untuk orang miskin atau orang sakit. Ayam juga harus memperhatikan anak-anaknya agar tidak ada yang celaka.

6. Anjing
Anjing sering ditimpa sakit pada tahun 2012. Tahun depan anjing kerap mendapat masalah dengan pihak berwajib. Maka dari itu, anjing harus lebih berhati-hati ketika memandu, membeli barang jangan terlalu murah, dan jangan banyak mencampuri urusan orang lain supaya terhindar dari kejadian tidak di ingini. Anjing yang galak sekarang harus menjadi anjing pendiam dan sabar. Jangan memaksakan kehendak.

Wang yang dicari harus dipakai untuk membeli keperluan penting saja karena tahun 2013 kewangan anda akan membaik. Shio anjing tetap harus berhemat walaupun banyak rezeki datang. Namun di tahun ular, anjing sering mendapat musibah sehingga membuat hidup anjing naik-turun.

Banyak bergaul dan berbuat baik akan melewati masa-masa buruk anda. Hidup anjing di 2013 bergantung kepada bagaimana anda meletakkan diri anda. Jika ditaruh keranjang sampah akan menjadi sampah, kalau diletakkan di pasu bunga akan menjadi wangi. Kesalahan harus diakui, teman dekat yang baik didekati, teman yang merugikan harus dijauhi, maka hidup anda akan selamat di tahun ular.

Sekian saja ramalan shio part 1, tiada shio anda disini?? klik SINI untuk mengetahuinya... 

p/s: Ini cuma ramalan berdasarkan kepercayaan kamu cina, bagi kaum dan beragama lain, janganlah terlalu taksub dgn ramalan shio ini... berpegang teguh pada agama dan kepercayaan masing-masing... 

Tuesday, February 5, 2013

A.I kembali !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeahhh... sedar tak sedar American Idol Season 12 kembali... tak sabar plak nak tgk talent2 season baru ni... harapnya lebih hangat dari season lepas lerr... expectation tinggi nih... hehe~~


Iejam suka tgk talent show nih... before this adore dgn talent dlm X-Factor USA season 2... dlm tu Iejam sgt suka Carly Rose Sonenclar... so can't wait nak sokong sapa plak dlm AI this time... hehe...

Juri pon bleh tahan even dah xdak Simon Cowell tp ok la ada Mariah Carey... diva kot dia... so mmg harap dpt la dgr komen2 yg membina dari diorg ni utk peserta kali nih... huhu...


So, apa pendapat korang tntg American Idol Season baru ni...? jom komen2 dan bgtau Iejam... nak tau gk la korang dah ada favourite ke blom..? huhu....

Monday, February 4, 2013

OMG: Omegle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Arini xdak benda nak tulis... tp nak ajak korang suma tgk video nih... jom jom !!!!




Huhu... dah xdak kerja... ngeh ngeh ngeh.... so apa respon korang..? kongsi dgn Iejam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks