Thursday, September 29, 2011

Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tadi dan buat Entri Bunuh Diri... Sekarang Iejam nak bersegmen plak... huhuhu seronok join segmen... ermmm segmen kali nih yg Iejam join Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak by Anis Adila Aris....



Orait da usha banner segmen yg cun melecun tu jgn lupa plak nak klik sekali... terus ker blog Anis... Cik Anis kita buat segmen ni sebab dia nak tinjau tinjau blog yg join segmen yg dia buat... dan kalau dia suka entry blog korg... dia akan masokkan blog korg dlm bloglist dia... haaa join la... at least nnti Cik Anis tinjau blog korg... huhu


Jom apa tunggu lagik... Join Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak ni ramai2... huhu ~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Entri Bunuh Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perghhh bosan yang teramat giler hari nih.... Iejam mmg mati kutu... ehh ker kutu mati... ada kutu ker??? tergaru garu kepala... tak shampoo rambut kot... haha... Iejam mengarut da kan... bukan la apa... mmg hari ni Iejam tak tahu sgt nak wat apa... xde mende nak wat... Ada cadangan???


Org laen sebuk dgn macam2... Iejam plak rilexx jer... wawawa... belom tiba masanya lagi kot... nak tgk drama korea tp xde mood... nak tgk filem tak tahu nak tgk filem apa... nak maen game cm xbest plak... tido lagi la... waduh waduh.... kan la nak bunuh diri...??




Haaa bercakap sal bunuh diri... td da tgk berita kat tv... berita tgahari... kes warga emas terjun bangunan tingkat empat... adoih apa kes la kan... cubaan bunuh diri tp dia tak mati... daaa jadi kes polis... tak pasal2 jer... tp knapa dia nak bunuh diri??




Tak kan la dia xde mende nak buat cm Iejam ni sampai nak bunuh diri?? Ermm ker dia kecewa sebab anak2 tak nak jaga dia?? ker dia merajuk... ker anak2 bergaduh rebut harta benda tp xnak berebut nak jaga dia??? hahaha...



Terjun tinggi tinggi....


Byk plak andaiannya... jgn sbb kes hutang byk sudah ler... huhuhu... apa pon buat pa nak bunuh diri... satunya dosa besar... duanya menyusahkan org... mati dah kna lapor polis bedah siasat pehtu nak kebumikan... kalau tak mati jadik kes polis jugak tak pasal2 menyusahkan sesiapa yg ada tali perhubungan... lagik2... bunuh diri ni teladan yg buruk... huhu...



Last last end up cmni... haa hamekk ~~~


Hahaha... udah udah dgn bunuh diri... ermmm sebab Iejam dah bosan sgt nih... Iejam nak g mandi lah... nak keluar la jap... g beli burger... lapar plak... yum yum ~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Monday, September 26, 2011

Segmen Komputer Kesayanganku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Iejam hari ni nak join segmen... huhu terusha segmen ni kat blog Tia dan menarik perhatian Iejam... Segmen ni dianjurkan oleh Santri... Segmen Komputer Kesayanganku.... huhuhu....


Nak story morry la nih... laptop Iejam ni Acer Aspire 4530... model daa lama... hehe... beli pada awal tahun 2009 dgn harga masa tu RM 2000 gak la... di kala assignment bertimbun timbun yang perlu dikerjakan... hehehe.... sudah mencecah usia 2 tahun 8 bulan.... selesa bangat pakai laptop nih... dan ramai kawan2 Iejam pakai model yg sama so senang la kalau tetiba berpenyakit... huhu....



So far... laptop ni xdela kuat meragam... cuma bateri jer daa kong... hahaha salah Iejam jugak... 'pandai' sgt jaga betri tu... hehehe... tp penyakit laen belum menjengah lagi la... Alhamdulillah... enjoy la buat assignment pakai laptop nih... ehh buat assignment je ker??? macam rajin sgt jer... hahaha tgk cerita korea kot... hehe kantoi ~~~


Sayang sgt kat lappy nih sbb dia la Iejam boleh hntr assignment (lagi lagi), buat thesis, online (haha lagha), tgk movie dan drama (lagi lagha) dan jugak buat bilik jadi pusat karaoke... hahahaha....


- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Saturday, September 24, 2011

Aku Nak Jugak...!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hello hello hello... Waalllaaaa.... berkesempatan hari ni nak update blog... hehehe.... Apa la yang Iejam nak nih... huhu... sebenarnya tengah tgk drama korea Scent of a Woman... Lee Dong Wook dgn Kim Sun Ah belakon.... so far mmg best... asyik dok menanges jer... huhu...


Tapi entry hari ni bukan nak story sal drama korea... cuma terasa nak cerita sikit... benda yang Iejam idamkan... hahaha... Iejam nie pelik sikit bila abeh jer korg baca entri nih... hahaha... ermmm


Okay before that nak tnya dlu... dalam semua anggota badan... korg suka anggota badan yang mana??? paling suka la... huhuhu Iejam suka bibir... hahaha.... tak tahu kenapa tapi Iejam mmg suka bibir... 1st benda yg Iejam akan tgk kat muka tak kira muka sendiri atau muka org laen adalah bibir... hehehe



Iejam pasti akan jeles bila tgk sesapa ada ulas bibir yang Iejam suka... huhuhu.... Betol... Iejam mmg suka akan bibir... nak tau bibir yang macam mana??? huhu well... Iejam suka bibir yang kaler cerah... ulas bibir yang kaler cerah atas dan bawah... that's my feveret... bentuk tak berapa kesah sgt tp yg penting kaler... hehehe....



Nak tau sapa yg punya ulas bibir yang macam Iejam ckp??? mula berangan dah nih.... Iejam mula la pikir kan best kalau bibir Iejam mcm tu... hahahaha setiap kali tgk jer mmg rs nak sgt bibir yang mcm ni... tp mana nak leh tukar kan... teringin jer... xdela sampai regret xde bibir cmtu... hahaha....


bibir feveret... sbb ulas bibir cerah... jeles !!!



ni pon... nak nak nak bibir cmni....



yg ni ulas bibir sexy... jeles plak Iejam kat Won Bin...



Hahaha... apa la Iejam nih... teruk kan... huhu ermmm tetiba jer entry sal bibir... hahaha.... k la nak g usha usha Junsu JYJ... dgr lagu You Are So Beautiful... hehehe.... pehtu haaa nak usha Running Man episode 61... huhu lupa plak... k la papai ~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Thursday, September 22, 2011

Kumpulan Jejaka Terhangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selepas entri pasal aktor yg hensem belaka [KLIK SINI] dan juga entri aktress yg cun melecun lagi lawa gitu [KLIK SINI]... so Iejam nak teruskan lagi entri buat hari ni mengenai penyanyi kumpulan yang best best belaka.... huhuhu....



Super Junior




Sapa yg tak kenal group Super Junior ni kan... diorg sememangnya femes.... huhu Super Junior yang dibawah naungan S.M Entertainment sgt popular bukan saja di Korea malah serata Asia... huhu... Kumpulan itu memulakan kerjaya dengan 12 ahli: Leeteuk (ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan kemudian menambah ahli ke-13 yang dinamakan Kyuhyun; mereka adalah salah satu kumpulan pemuda yang terbesar di dunia. byk lagu diorg yang best... paling feveret Iejam harusla In My Dream - Super Junior K.R.Y... hahaha.... dan ahli yg paling Iejam minat Choi Siwon dan Kyuhyun... hehehe.....




SS501




Band boy Korea Selatan yang ditubuhkan di bawah pengurusan Daesung Entertainment, yang juga dikenali sebagai DSP Entertainment. Semua ahli-ahli kumpulan itu kemudiannya telah meninggalkan DSP Entertainment kepada syarikat pengurusan yang berbeza, tetapi mereka masih berhasrat untuk kekal sebagai SS501. Nama band ini adalah gabungan huruf dan nombor yang mempunyai makna khas. Pertama "S" stands for "Superstar" kedua "S" adalah singkatan untuk "Singer". Gabungan 5, 0, dan 1 melambangkan "lima anggota bersatu sebagai satu buat selama-lamanya". Kim Hyun Joong sebagai ketua, Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong, Park Jung Min, dan Kim Hyung Jun. Lagu diorg yg Iejam suka adalah Love Like This....




Shinee




R & B kontemporari band boy Korea Selatan ditubuhkan oleh S.M Entertainment pada tahun 2008, mereka membuat debut mereka pada 25 Mei, 2008 di SBS, Inkigayo dengan promosi single mereka, "Replay". Kumpulan itu terdiri daripada Onew, Jonghyun, Key, Minho dan Taemin. Antara lagu diorg yang menjadi halwa telinga Iejam adalah Lucifer dan Ring Ding Dong.




2 AM






2 AM adalah ballad band boy Korea Selatan yang terdiri daripada empat anggota di bawah JYP Entertainment. Ahli-ahlinya adalah Jinwoon, Jo Kwon, Seulong, dan Changmin. 2 AM adalah salah satu daripada kedua-dua kumpulan kecil yang bercabang keluar dari ahli sebelas (sebelum pemergian Jaebeom) band boy One Day, yang selebihnya menjadi ahli band boy 2 PM. Mereka secara rasmi memulakan kerjaya pada 11 Julai 2008 di KBS Music Bank, melakukan lagu debut mereka "This Song". Mereka memenangi Mutizen pertama mereka di Inkigayo di 7 Februari 2010 dengan "Can't Let You Go Even If I Die". Antara lagu 2 AM yang menjadi kegemaran Iejam adalah "Can't Let You Go Even If I Die" dan "You Wouldn't Answer My Calls".




2 PM





2 PM ban boy Korea Selatan, pada asalnya satu kumpulan tujuh anggota, tetapi pada masa ini terdiri daripada enam orang anggota kerana penamatan kontrak leader diorg, Jaebeom secara tiba-tiba berikutan kontroversi internet pada bulan September 2009. Mereka yang diuruskan oleh JYP Entertainment. Ahli-ahli semasa Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung dan Chansung. Mereka juga merupakan bekas kumpulan "One Day" bersama band boy 2 AM. Antara lagu lagu diorg yang mmg best adalah "I'll Be Back", "I Hate You", "Without U", "Heartbeat", dan "Again and Again".



C.N. Blue






C.N. BLUE, band rock Korea Selatan yang ditubuhkan di Seoul pada tahun 2009. Band ini terdiri daripada Jung Yong Hwa (lead vokal, gitar rhythm), Lee Jong Hyun (lead gitar, vokal), Lee Jung Shin (gitar bass, vokal) dan Kang Min Hyuk (drum, vokal). "CN adalah singkatan 'Code Name' manakala BLUE adalah singkatan imej individu ahli-ahli. 'Burning' mewakili Lee Jong Hyun, 'Lovely' mewakili Kang Minhyuk, 'Untouchable' mewakili Lee Jung Shin, dan 'Emotional' mewakili Jung Yong Hwa. Lagu diorg yang best adalah "I'm A Loner" dan OST Heartstrings, "Because I Miss You".


Tulah antara band boy yang Iejam suka akan lagu lagunya.... mmg enjoy dgr lagu lagu diorg... best sesangat... huhu tambah tambah tgk lagu yg diorg dance... perghhh mmg terbaek... suka kareografi diorg... cantik dan smart... huhuhu....



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Simple Lucky Draw By Cik Purple

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Yeah nak join segmen jap sebelum nak wat entry... hehehehehe... sebab ditag oleh cik genk... so nak join la.. dah alang alang ni kan... hehehehe.....



Jom la join reramai... klik jer banner yg besar gedabak tu.... huhuuhuhu jom memeriahkan segmen nih... jom la jom la....


Nak Tag :

Shuk

Tia


- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Wednesday, September 21, 2011

Aktress Lawa Korea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hola hola hola.... selamat pagi semua... Annyeong... seperti yang dijanjikan.... setelah entry Actor Korea KLIK SINI bg yg belum baca.... so Iejam continue dgn aktress pilihan pulak yer... so maybe ada yang akan pilih yang cantik.... so kecantikan tu satu kelebihan la bagi seseorang aktress tu kan....


Well... yg penting jugak bagi aktress adalah bakat serta kemampuan memberi lakonan yg berkesan kepada penonton... so Iejam nak senaraikan beberapa aktress yg berbakat serta mempunyai kelebihan dari paras rupa... hehehe ~~~




Eugene ( Kim Yoo Jin)




Dikenali sebagai Eugene, merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan pengacara. Eugene merupakan bekas ahli group idol wanita Korea yang dipanggil S.E.S, popular di akhir 1990-an dan awal tahun 2000. Eugene telah mengeluarkan dua album solo dan mula membintangi drama dan filem serta bekerja sebagai MC dalam pelbagai program. Antara drama yg dilakonkan oleh Eugene adalah "Save the Last Dance for Me", "Wonderful Life", dan "One Mom and Three Dads".




Jeon Ji Hyun




Jeon Ji Hyun juga dikenali sebagai Gianna Jun, adalah pelakon dan model Korea Selatan. Jun memulakan kareernya dalam bidang lakonan pada tahun 2001 sebagai The Girl dalam filem "Sassy My Girl" yang menjadi komedi Korea tertinggi sepanjang zaman. Lain-lain filem yang ketara termasuk Il Mare (2000) dan Windstruck (2004).




Kim Tae Hee




Kim Tae Hee adalah pelakon Korea Selatan dan model dari Ulsan. Beliau paling dikenali untuk peranannya dalam siri TV "My Princess", "Iris", "Love Story in Harvard" dan "Stairway to Heaven". Kim memulakan kerjaya beliau dalam hiburan sebagai model dan iklan televisyen. Beliau terkenal dengan mempunyai kecantikan semulajadi dan telah diberi gelaran "Wanita Paling Cantik di Korea".




Song Hye Kyo




Song Hye Kyo adalah model dan pelakon Korea Selatan. Dia mendapatkan populariti menerusi drama televisyen seperti "Autumn in My Heart" (2000), "All In" (2003), dan "Full House" (2004). Hye Kyo memulakan kerjaya dalam industri hiburan pada tahun 1996 apabila beliau memenangi Hadiah Utama di SunKyung Smart (sebuah syarikat pakaian seragam sekolah) apabila dia menamatkan tahun ketiga dalam SMP. Hye Kyo adalah salah satu endorsers produk yang menjadi permintaan di Korea dan telah melakukan banyak iklan TV dan iklan cetak sejak bertahun-tahun. Hye Kyo juga merupakan jurucakap bagi jenama popular seperti Laneige, (gaya Lady) Levi, etude, Whitea, Aritaum, Innisfree, Nintendo DS (Animal Crossing), Roem, McDonalds (Ice Cream), FHM dan Bra Vivien. Song Hye Kyo juga pernah berpacaran dgn Hyun Bin... hehehe... baru break sbb Hyun Bin pegi perkhidmatan ketenteraan...




Park Shin Hye




Park Shin Hye adalah seorang pelakon yang berjaya di Korea Selatan, penyanyi dan juga model. Shin Hye memulakan kerjaya pertama dalam tahun 2003, Lee Seung-Hwan muzik video "Ggot - Flower". Di samping itu, Shin Hye menerima dua trofi dari SBS Drama Awards. Shin Hye paling dikenali untuk peranan "Go Mi Nam" dalam drama televisyen popular "You're Beautiful" dan "Lee Gyu Won" dalam drama lain, "Heartstrings". Kemasyhuran Shin Hye bermula apabila Shin Hye memainkan versi yang lebih muda watak Han Jung-Suh dalam drama popular Korea, "Stairway to Heaven". Shin Hye juga membintangi siri drama yang dipanggil "Tree of Heaven" yang disiarkan pada SBS, dibintangi oleh bekas-bintang bersama dalam "Stairway to Heaven", Lee Wan.


Waaa.... cantik cantik belaka kan.... so tulah lima aktress yg Iejam nak senaraikan... mereka ni boleh kata senio senior la dlm bidang seni lakonan... huhu tapi before Iejam nak tutup entry untuk hari ni... Iejam nak kenalkan seorang lagi pelakon tapi masih lagi baru tapi Iejam suka sgt lakonan dia... mmg bagos... huhu nak tau??? jom usha....




IU





IU yg lahir pada 16 Mei, 1993 adalah seorang penyanyi Korea Selatan dan pelakon. IU yang berbintang Taurus sama macam Iejam ni... muncul dalam siri drama popular "Dream High". Walaupon pertama kali berlakon, lakonan IU mmg berkesan dan watak Kim Pilsuk mmg sampai... IU sebenarnya lebih famous sebagai penyanyi dan byk lagu dia yang best... huhu tak sabar nak tgk IU lagi dalam "Dream High 2". Satu benda yg Iejam harapkan dari IU adalah muncul dalam "We Got Married" bersama WooYoung 2PM... hahaha...







- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks