Showing posts with label hyun bin. Show all posts
Showing posts with label hyun bin. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Aku Nak Jugak...!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hello hello hello... Waalllaaaa.... berkesempatan hari ni nak update blog... hehehe.... Apa la yang Iejam nak nih... huhu... sebenarnya tengah tgk drama korea Scent of a Woman... Lee Dong Wook dgn Kim Sun Ah belakon.... so far mmg best... asyik dok menanges jer... huhu...


Tapi entry hari ni bukan nak story sal drama korea... cuma terasa nak cerita sikit... benda yang Iejam idamkan... hahaha... Iejam nie pelik sikit bila abeh jer korg baca entri nih... hahaha... ermmm


Okay before that nak tnya dlu... dalam semua anggota badan... korg suka anggota badan yang mana??? paling suka la... huhuhu Iejam suka bibir... hahaha.... tak tahu kenapa tapi Iejam mmg suka bibir... 1st benda yg Iejam akan tgk kat muka tak kira muka sendiri atau muka org laen adalah bibir... hehehe



Iejam pasti akan jeles bila tgk sesapa ada ulas bibir yang Iejam suka... huhuhu.... Betol... Iejam mmg suka akan bibir... nak tau bibir yang macam mana??? huhu well... Iejam suka bibir yang kaler cerah... ulas bibir yang kaler cerah atas dan bawah... that's my feveret... bentuk tak berapa kesah sgt tp yg penting kaler... hehehe....



Nak tau sapa yg punya ulas bibir yang macam Iejam ckp??? mula berangan dah nih.... Iejam mula la pikir kan best kalau bibir Iejam mcm tu... hahahaha setiap kali tgk jer mmg rs nak sgt bibir yang mcm ni... tp mana nak leh tukar kan... teringin jer... xdela sampai regret xde bibir cmtu... hahaha....


bibir feveret... sbb ulas bibir cerah... jeles !!!



ni pon... nak nak nak bibir cmni....



yg ni ulas bibir sexy... jeles plak Iejam kat Won Bin...



Hahaha... apa la Iejam nih... teruk kan... huhu ermmm tetiba jer entry sal bibir... hahaha.... k la nak g usha usha Junsu JYJ... dgr lagu You Are So Beautiful... hehehe.... pehtu haaa nak usha Running Man episode 61... huhu lupa plak... k la papai ~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Tuesday, September 20, 2011

Aktor Korea Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hello hello hello.... Annyeong.... entry lepas pasal drama korea... so entry untuk hari ni adalah mengenai pelakon drama korea pulak... huhu... msti ada antara blogger yg meminati pelakon pelakon korea kan terutamanya yg suka tgk citer korea... hik hik....


Well hari ni Iejam nak berkongsi serba sedikit pelakon pelakon lelaki korea yg sering diminati serta famous di kalangan peminat... huhu....so... Iejam akan seneraikan beberapa org pelakon beserta gambar... hehehe.... jom usha usha....




Kim Hyun Joong




Hyun Joong yang famous dgn lakonannya dalam siri drama "Boys Over Flower" ini juga merupakan ketua kumpulan SS501. Hyun Joong yang memegang watak Ji Hoo merupakan rival kepada cinta Gu Jun Pyo. Hyun Joong merupakan selebriti korea yang famous serta menjadi kegilaan peminat peminat yg diramalkan akan mengondol anugerah Top Male Celebrity for Fall season yg kini menerima undian sebanyak 46%.




Jang Geun Suk




Pelakon drama Korea ini paling dikenali sebagai Taekyung, watak drama Korea popular, "You're Beautiful". Geun Suk bermula sebagai model dan kemudian menjadi penyanyi. Geun Suk telah muncul dalam drama lain seperti "Mary Stayed All Night" dan "Beethoven Virus". Antara lagu feveret Iejam yang Geun Suk nyanyi adalah "Can You Hear Me" dan "My Precious".




Lee Min Ho




Siapa yang tak kenal Lee Min Ho yang famous dalam drama korea "Boys Over Flower" memegang watak Gu Jun Pyo. Min Ho juga merupakan model serta penyanyi. Betul Min Ho menyanyi dan sedap juga suara dia... huhu... cubala dengar lagu "My Everything" nyanyian Min Ho, pasti teruja... Min Ho jugak muncul dgn drama laen seperti "Personal Taste" dan juga "City Hunter".




Hyun Bin




Pada tahun 2010, Hyun Bin membintangi drama popular "Secret Garden" sebagai pemilik gedung pasaraya yang muda dan sombong yang jatuh cinta dengan stuntwoman yang dimainkan oleh Ha Ji-Won. Beliau juga mengambil bahagian dalam soundtrack untuk drama tersebut dengan lagu "That Man", yang mendapat tempat pertama dalam carta muzik utama Korea dan 8 carta muzik yg laen. Pada 7 Mac 2011, beliau mendapat panggilan untuk ke kem latihan marin selama 21 bulan unutk perkhidmatan ketenteraan dan tarikh pelepasannya telah ditetapkan pada 6 Disember 2012. Antara drama yang dilakonkan Hyun Bin adalah "My Lovely Sam Soon" dan "Snow Queen".




Won Bin




Lebih dikenali sebagai Ji Hoon dalam drama korea "Friends". Won Bin juga merupakan model seperti kebanyakkan pelakon Korea. Won Bin juga berlakon dalam drama "Autumn in My Heart" dan "Propose". Walaupon sekarang Won Bin kurang tampil dgn drama baru, namun beliau masih lagi menjadi bualan peminat kerana masih tampil dalam filem antaranya "Man from No Where a.k.a Ajusshi".


Ermmm rsnya cukup la lima jer aktor yg Iejam senaraikan... hehehe.... so kalau korg rs ada aktor aktor feveret korg yg Iejam tak senaraikan sudi-sudi berkongsila dgn komen di ruangan komen yer... so nantikan next entry untuk senarai actress korea pulak.... hehehe ~~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

Thursday, July 28, 2011

Kena Sawan Babi dah nih !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Alamak... tetiba jer hari ini Iejam menjadik gilerrr.... adoih... gilerrr gilerrr.... entah la mood jadik kot nih plak... apa kes nih... awal2 lagik da jadik cmni... alamak... adoih....




Ehhh apa yang Iejam merapu nih... msti korg pk cmni kan... tetiba meroyan nih... hahaha... bukan apa nih.... tetiba gilerrr Secret Garden kembali ni haaaa.... virus yang lama menyepi dalam diri Iejam nih mula merebak dan mengawal Iejam.... bermaharajalela nii haaa... akibatnya... akibatnya !!!!






Iejam dok melayan lagu lagu Secret Garden nii haaa.... dok putar2 lagu2 drama nih... alamatnya nih mmg sampai berhari hari la dgr lagu nih... hahaha lagu feveret Iejam Secret Garden OST BOIS - Scar... mmg best !!!! masyuk jer dgr.... huhu lagu yang korg tengah dgr nih koleksi lagu yang Iejam gabungkan... semuanya lagu OST Secret Garden hahaha dah jadik lagu blog Iejam... hahaha ~~~~




then suka dgr suara Hyun Bin lagu That Man... perghhh dah la pandai blakon pehtu suara sedap... touching lorrr dgr... hahaha.... bila dgr lagu nih terus teringat scene scene best dalam drama nih... alamak rindu la plak... kang ada yang ulang citer nih buat kali ketiga plak nih... hahahahahahaha.... (gelak keji plak)








Huhuhu... aiihhh rindu plak kat Hyun Bin dan Ha Ji Won.... alamak Iejam feeling feeling plak.... k la nak sambung layan lagu nih lagik hahahaha... perghhh jiwang sarat Iejam nih.... hahahaha jom komen2 la ekkk berjiwang dgn Iejam sama... hahahaha~~~





- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks