Tuesday, September 20, 2011

Aktor Korea Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hello hello hello.... Annyeong.... entry lepas pasal drama korea... so entry untuk hari ni adalah mengenai pelakon drama korea pulak... huhu... msti ada antara blogger yg meminati pelakon pelakon korea kan terutamanya yg suka tgk citer korea... hik hik....


Well hari ni Iejam nak berkongsi serba sedikit pelakon pelakon lelaki korea yg sering diminati serta famous di kalangan peminat... huhu....so... Iejam akan seneraikan beberapa org pelakon beserta gambar... hehehe.... jom usha usha....




Kim Hyun Joong




Hyun Joong yang famous dgn lakonannya dalam siri drama "Boys Over Flower" ini juga merupakan ketua kumpulan SS501. Hyun Joong yang memegang watak Ji Hoo merupakan rival kepada cinta Gu Jun Pyo. Hyun Joong merupakan selebriti korea yang famous serta menjadi kegilaan peminat peminat yg diramalkan akan mengondol anugerah Top Male Celebrity for Fall season yg kini menerima undian sebanyak 46%.




Jang Geun Suk




Pelakon drama Korea ini paling dikenali sebagai Taekyung, watak drama Korea popular, "You're Beautiful". Geun Suk bermula sebagai model dan kemudian menjadi penyanyi. Geun Suk telah muncul dalam drama lain seperti "Mary Stayed All Night" dan "Beethoven Virus". Antara lagu feveret Iejam yang Geun Suk nyanyi adalah "Can You Hear Me" dan "My Precious".




Lee Min Ho




Siapa yang tak kenal Lee Min Ho yang famous dalam drama korea "Boys Over Flower" memegang watak Gu Jun Pyo. Min Ho juga merupakan model serta penyanyi. Betul Min Ho menyanyi dan sedap juga suara dia... huhu... cubala dengar lagu "My Everything" nyanyian Min Ho, pasti teruja... Min Ho jugak muncul dgn drama laen seperti "Personal Taste" dan juga "City Hunter".




Hyun Bin




Pada tahun 2010, Hyun Bin membintangi drama popular "Secret Garden" sebagai pemilik gedung pasaraya yang muda dan sombong yang jatuh cinta dengan stuntwoman yang dimainkan oleh Ha Ji-Won. Beliau juga mengambil bahagian dalam soundtrack untuk drama tersebut dengan lagu "That Man", yang mendapat tempat pertama dalam carta muzik utama Korea dan 8 carta muzik yg laen. Pada 7 Mac 2011, beliau mendapat panggilan untuk ke kem latihan marin selama 21 bulan unutk perkhidmatan ketenteraan dan tarikh pelepasannya telah ditetapkan pada 6 Disember 2012. Antara drama yang dilakonkan Hyun Bin adalah "My Lovely Sam Soon" dan "Snow Queen".




Won Bin




Lebih dikenali sebagai Ji Hoon dalam drama korea "Friends". Won Bin juga merupakan model seperti kebanyakkan pelakon Korea. Won Bin juga berlakon dalam drama "Autumn in My Heart" dan "Propose". Walaupon sekarang Won Bin kurang tampil dgn drama baru, namun beliau masih lagi menjadi bualan peminat kerana masih tampil dalam filem antaranya "Man from No Where a.k.a Ajusshi".


Ermmm rsnya cukup la lima jer aktor yg Iejam senaraikan... hehehe.... so kalau korg rs ada aktor aktor feveret korg yg Iejam tak senaraikan sudi-sudi berkongsila dgn komen di ruangan komen yer... so nantikan next entry untuk senarai actress korea pulak.... hehehe ~~~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

1 comment:

Pure Lily said...

like entri nie... yang no satu tu mmg my feveret actor.. he's so sweet... lee min ho pon ensem gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks