Monday, April 30, 2012

Dramaniac : The Moon That Embraces The Sun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....


Tentu ada yang tertanya-tanya Drama Korea apa ekk yg boleh dilayan yaa skarang nih kan... memandangkan esok cuti... Hari Pekerja 1 May kan... huahua... so Iejam nak cadangkan satu drama yang Iejam dah tgk baru baru nih... 


Drama Pilihan : The Moon That Embraces The Sun

Drama nama yang bertemakan Period & Romance nih mmg bersesuaian dgn citarasa penonton yang gemarkan kisah cinta yang dramatik... plot citer yang menarik serta kekuatan skrip dan olahan citer yang menarik membuatkan kita semua pasti terbuai dgn perasaan sepanjang menonton drama ini...

Selain dari itu, lakonan yang mantap juga menjadikan drama ini begitu dekat dgn sesiapa yang menonton. Teraju utama cerita ini disandang oleh Kim Soo Hyun yang popular dalam drama remaja Dream High dan Han Ga-In selaku tunjang utama wanita dalam drama hebat ini.

Drama "The Moon That Embraces The Sun" menceritakan kisah cinta antara Raja Lee Hwon (Kim Soo-Hyun) dan bomoh perempuan bernama Wol (Han Ga-In). Wol dilahirkan sebagai Heo Yeon Woo, anak perempuan keluarga bangsawan yang memenangi cinta putera mahkota, Lee Hwon.

Musuhnya, cemburu kedudukan keluarganya di mahkamah lalu merancang tipu muslihat terhadap beliau dan berebut tempat yang sebenar sebagai puteri mahkota dan Wol hampir kehilangan nyawanya. Bertahun kemudian, Lee Hwon yg disakitkan hati telah bertemu semula Wol yg kini seorang bomoh wanita yang tidak mempunyai ingatan masa lalu itu.

Itu dia sedikit sebanyak sinopsis drama ini... andai mahu tahu kesudahannya boleh lah menonton drama ini di waktu cuti rakan rakan semua... hehe... oh yaaa Iejam tinggalkan jugak link utk rakan2 yang suka mendownload drama korea di http://doramax264.com/romance/the-moon-that-embraces-the-sun/


Drama "The Moon That Embraces The Sun" mendapat sambutan hangat di Korea.


Aktor Kim Soo Hyun membawa watak sebagai King Lee Hwon.


Lakonan mantap Han Ga In sebagai Wol / Heon Woo.


Pencinta setia, Prince Yang Myung dilakonkan oleh Jung Il Woo.


Pelakon kanak2 dan remaja yang begitu mantap menghayati watak masing masing.


Jangan Lupa untuk turut sama menonton drama korea ini... pasti kan kawan semua tak terlepas dari menonton drama ini... huhuhu.... apapon Iejam nak ucapkan selamat bekerja utk hari ini dan selamat bercuti buat esok harinya... hehehe~~~


CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA

Sunday, April 29, 2012

Symbiosis : Aktiviti di kala sepi

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Wah gila lah lamanya Iejam tak update blog nih... huhu Eijam sibuk skit kebelakangan ni... ada masa cuma diperuntukan untuk rehat2 jaa... hari dh alang2 tak tahu nak wat apa so Iejam rs nak update blog ni haaa....

Perghh oleh sebab lama tak bukak rupanya blogger.com nih dah ubah features rupanya... haha nmpk sgt la Iejam dh berkurun tak bukak kan... tetiba ja tgk dah laen bebenor dahh... kui kui....

Okay la... mesti ada yg stil usha blog Iejam ni kan... tp tgk xdak update pon... nk citer lah skit Iejam bizi buat apa... Iejam sbenarnya join program Symbiosis... program nih utk carik entrepreneur... komersialkan technology a.k.a research yg bertimbun2 kat universiti tempatan kita... alhamdulillah Iejam terpilih sekaligus layak utk bukak company mengkomersialkan research dari USM... 

Well... research apa yg Iejam akan komersialkan tu nnti Iejam updated balik la ekk... haaa lupa lak nak gtaw sapa yg anjur program nih... program ni dianjurkan oleh NCIA (Korridor Utara), MTDC (femes dlm rancangan tv3 pkul 7.3-ptg hari jumaat) dan jugak USM... hahaha....

NCIA - MTDC - USM Symbiosis Program


Majlis Pelancaran Syarikat Program Symbiosis (03 March 2012)


Turut dimeriahkan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Wajah-wajah ceria pengarah syarikat di majlis pelancaran syarikat masing-masing.


Iejam kongsikan beberapa sisipan memori terindah Iejam bersama rakan2 yang laen... huhu mudahan segalanya dipermudahkan bagi Iejam dan rakan2... perjalanan kami masih jauh dan pelbagai lagi dugaan dan cabaran yang menanti kami kelak... doakan kejayaan kami dalam memartabatkan ekonomi negara khasnya melayu....


CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks