Wednesday, May 2, 2012

Melodi : Tell Me Goodbye

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Sudah lama ekk tak berkongsi lagu lagu yang untuk dijadikan halwa telinga kan... huhuhu as usual lagu pilihan Iejam pastinya lagu Korea... hahaha so Iejam nak cadangkan satu lagu utk rakan2 semua untuk dgr... huhuhu

Kumpulan yang melancarkan album baru bertajuk ALIVE, Big Bang comeback dgn lagu2 yang sgt best... huhuhu.... Big Bang yang kembali aktif dgn aktiviti kumpulan setelah peristiwa yang begitu mencengkam hati Big Bang dan juga seluruh peminat Big Bang... (Iejam xnak story apa benda korang carik sendiri la ekk)....

Iejam pilih lagu Big Bang yang lama... huhu sbb Iejam rs pasti ramai yang tgh dengar lagu baru Big Bang kan sekarang... hehehe... Lagu pilihan dari kumpulan Big Bang adalah Tell Me Goodbye... Tell Me Goodbye merupakan lagu Big Bang dalam bahasa Jepun yang dilancarekan pada 09 Jun 2010. Lagu ni jugak merupakan salah satu lagu tema dalam Drama Iris.... harap terhibur...




CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA

Tuesday, May 1, 2012

Minda : Labour Day, Everyone !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Wah wah wah.... cuti lah hari ini.. pastinya kwn2 semua ada yang mahu berehat dirumah... ada yang kluar berjalan2 bersama keluarga mahupon dgn kwn2... huhuhu Iejam cuma melepak kat umah je kot... hahaha.... oh ya bersempena hari pekerja nih... Iejam cuma nak bercerita skit, berkongsi apa yg bermain di benak ini... hahaha...

Well... bukan apa... Iejam tgk terlalu byk story cerita sal Bersih 3.0 nih haa... kat tv kat fb kat blog pon ada... huahua dan Iejam tak nak komen apa2... tu hak masing2 la kan nak tulis ka nak join ka... masing2 pk lah baik buruk nya... keh keh keh....

Cuma Iejam terpikir... perhimpunan tu utk bersihkan kerajaan kan... huhu well how about dgn benda laen... Iejam rs sekarang nih myk isu daa... kan sal gaji minimum tu kan... well blom apa2 lg dh dgr yang peniaga2 semua pon nak naekkan harga barang... apa kes...





Bagi Iejam la.. kalau gaji naek byk mana pon kalau harga barang tetap naek rsnya xdak guna gk kan naek gaji... huhuhu... tp tula kita rakyat Malaysia tak pernah nak bising2 sal harga naek nih... dgr mengeluh tp tetap jugak beli... terpaksa beli... knapa mcm tu... bukan kita ada hak ker sebagai pengguna knapa perlu terpaksa??

Well bukan ada... kita pengguna.. diorg peniaga... we are thier money, their target market... kalau diorg letak harga tinggi dan kita tak beli then demand akan kurang baru la harga turun... peniaga akan berani letak harga tinggi sbb kita tetap akan beli even harga mahal... btol tak???






Seryesly, Iejam rs mcm nak join jer kalau ada org wat perhimpunan aman PENGGUNA... sbb Iejam nak tuntut hak Iejam sebagai pengguna... nak turun kan harga barang2 keperluan dan makanan... nak kerajaan terus berikan subsidi minyak dan tetapkan harga maximum bagi barang keperluan dan pemantauan sentiasa dilakukan oleh pihak KPDNKK... 

Pihak KPDNKK perlu memikirkan cara utk memastikan pengguna tak terpedaya dgn peniaga2, dan peniaga2 tidak sewenangnya menaikkan harga barangan... pihak KPDNKK perlu lebih dekat dgn pengguna kerana sekarang rata2 pengguna bila melihat harga barang dinaikkan sewenangnya mereka tidak tahu di mana mahu diutarakan masalah itu... tiada medium yang dekat dgn pengguna...








Juga kita semua sebagai rakyat Malaysia... sebagai pengguna perlu lah mengetahui hak kita... kalau kita sama2... memainkan peranan kita sebagai pengguna dan tidak terpedaya dgn muslihat peniaga... kita perlu memboikot dan tidak membeli barangan yang harganya dinaikkan sesuka hati... bila tiada yang membeli baru la peniaga ini sedar dan akan menurunkan semula harganya... jgn lupa utk melaporkan pd pihak KPDNKK bagi mendenda peniaga yang sesuka hati menaikkan harga....


Sebarang komen tentang artikle ini boleh lah dikomenkan di ruangan komen di bawah... Sekian...~~


CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks