Thursday, June 30, 2011

I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race

I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race

Knapa Mahu Perfect ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kenapa mahu Perfect?? Knapa msti Perfect?? Apa ada dgn Perfection?? Kita kdg2 mahukan sesuatu itu sempurna atau dgn kata laen perfect. Iejam sendiri kdg2 mahukan sesuatu itu berlaku dgn perfectnya... Korg2 macam mana??

Tapi jika dilihat perfection ini dari suatu sudut yg berbeza, dari segi pergaulan dan perhubungan, perfection adalah musuh bg jalinan kasih sayang antara insan. Nak tau kenapa?? Bila kita mahukan perfection didalam perhubungan, secara tidak langsungnya kita telah menetapkan beberapa syarat dalam menjalinkan hubungan dgn seseorang.


Ada yang mahukan pasangan mereka seperti hensem ataupon cantik yg dgn ini korg2 akan menjadi lebih memilih. Apa ini dikatakan perfection? Memiliki pasangan yg cantik mahupun hensem ini adalah perfect??


Iejam slalu lepak2 dgn kwn2 Iejam, bila ditanya jenis pasangan yg bagaimana yg mereka idamkan, rata-rata akan memilih mereka2 yang cantik2 dan hensem2 aja utk dijadikan pasangan. Abeh tu?? Mana nak letaknya yg kurang cantik or hensem fizikalnya?? Tak sedarkah bahawa hensem dan cantik itu cumalah subjektif, cantik bg ko belum pasti cantik bg aku... sbgai contoh la...huhu...

Boyfriend korg msti hensem cmni ker???


Atau ini tafsiran korg tentang cantik??

(gambar sbgai contoh ja kang xpasai2 kna serbu dgn peminat Lisa)



Bagi Iejam, Perfection itu tak bermakna apa2, selagi kita mencari perfection dlm diri seseorg semakin kurang perfect dia akan kita lihat. Buat apa nak cari yg perfect kalau dia adalah yg terbaik buat kita?? Iejam lebih prefer yg terbaik, segalanya terbaik. Tak kira dalam kerja, pelajaran mahupun perhubungan.


Jadilah pasangan yg terbaik utk pasangan korg, bukannya perfect dan jgn sesekali mengharapkan pasangan korg menjadi perfect. Jadilah sahabat/kawan yg terbaik, kawan yg baek tidak menilai kwn2 hanya kerna paras rupa mahupun laen2 faktor. Jadilah anak yg terbaek buat kedua ibu bapa korg. Jadilah yg terbaek dalam segala apa yg korg kerjakan, jgn mencari kesempurnaan. Kesempurnaan itu sebenarnya tiada. Tiada yg sempurna di muka bumi ini melaenkan Allah S.W.T. Maka jadilah hamba Allah yg terbaek. InsyaAllah....


Mesti rakan2 blog pelik knapa Iejam jd macam ni? Iejam mahukan yg terbaek sebenarnya, cuba memberikan yg terbaek melalui blog Iejam ni. Cuba sedaya upaya memuaskan hati Iejam dan juga rakan2 yg membacanya. Biasa lah, kdg org suka dgn apa yg kita tulis, kdg org rs bosan... huhu... Apapon semangat mau ada... Terus memberikan yg terbaek !!! hahahaha....


Ermm, okay lah... Iejam rs cm nak BW plak nih... nak melawat kwn2 plak... huhu... teruskan memjadi yg terbaek dan jgn lupa utk berikan komen2 membina buat Iejam. Mudahan boleh Iejam memperbaiki segala kelemahan yg ada... Terima kasih semua ~~~

Wednesday, June 29, 2011

100th follower !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Iejam nak ucapkan terima kasih buat semua follower yg sudi follow iejam... gembiranya iejam hari ni... huhu... but seperti yg dihajatkan oleh hati dan sanubari iejam... iejam nak post buat follower iejam yg ke 100 nih... Terima kasih buat cik ieyfa syifa yg menjadi follower iejam yg ke 100...


So kepada reader2 laen... jom terjah blog cik ieyfa syifa nih... huhu~~~





Camne nak CERIA ??? Meh baca nih...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....


Pertama-tamanya nak ucapkan jutaan terima kasih buat kawan2 yg sudi follow iejam. Iejam sgt gembira huhu... Okay for entry kali ni tercetus bila dgr ada kawan Iejam yg berduka, bermuram durja aja. So maybe entry ni bleh sama-sama tlg semua readers yg mungkin menghadapi masalah bermuran durja ini. Org ckp kalau muram ni muka xcantik.. cuba g tgk cermin.. uhuhu... lawak jer...


Erm, kita slalu dgr bila sakit perut atau sakit blakang, demam ka slalu p jumpa doktor kan? Tp bila emosi kita sakit contonhnya bimbang, sedih ataupun murung yg berpanjangan... So cmne nak atasi sakit2 yg cmni??


Iejam nak kongsi satu kajian sempena Discovery health and Mental Health America di Virgina (yg Iejam terbaca), 53% wanita mengaku risaw selama berminggu2 ---> ni petanda kebimbangan. 54% pula sedih dan berputus asa secara berkala ----> ni petanda kemurungan. Dan hanya 35% yg menerima diagnosis sah akan kebimbangan atau kemurungan yg dialami (ramai yg xtau bahawa diorg ni jatuh dalam kategori mana). Menurut kajian laen, nak merawat gangguan mood ni memakan masa sehingga 6 TAHUN (lama ooo).


Untuk mengelakkan masalah gangguan mood ni semakin teruk, atasinya di peringkat awal. Jumpa doktor ataupun ikut beberapa cara yang bakal iejam ceritakan. Tapi pasti perlu mengubah beberapa tabiat harian bagi membantu meningkatkan kualiti hidup. Iejam cadangkan ieda-idea berikut untuk menceriakan mood dan belajar mengatasi mood risaw, murung dan masalah berkaitan emosi.


1. Bersenam. Lupakan Kesedihan.

Ramai berkata bersenam untuk kesihatan fizikal dan mental. Mmg benar, bersenam akan merangsang penghasilan bahan kimia ceria dopamine dalam otak. Korg cuma perlu berjalan 30minit sehari dah boleh menceriakan mood korg. Tak susah pon keliling umah pon da cukup.. hik hik ~~

Comel tak kawan2 Iejam bersenam?


2. Makan Makanan Berkhasiat.

Selalu dgr kan? tp nak makan apa? haaa ni, makan la ikan sbb ikan kaya dgn asid lemak omega-3 yg merangsang bahagian otak berkaitan dgn mood, makan la ikan rendah tahap merkuri cam salmon ataupon sardin 2kali seminggu. Selain tu, makan makanan kaya folate mcm lobak, kekacang dan oren kaya khasiat nyah-murung serotonin. Cepat2 singgah kedai beli semua nih...

Nyum Nyum... sedap la plak....


3. Tidur Nyenyak.

Tidur bukan saja untuk cantik malah tidur untuk ceria. Mendapatkan rehat 7-8jam sgt penting utk kesihatan emosi. Bagi memudahkan tidur bg yg susah nak tidur, lupakan menonton tv atau melayari internet (blogging ker opppsss alamak...) ataupun senaraikan kerisauan dalam buku nota (blogging pon ok gk kan hahaha) supaya korg berfikiran lapang b4 tidur. Korg boleh jugak buat regangan skit b4 tidur.

Ni la anak Iejam... (haha yo yo or jer anak kau!!)


4. Luangkan Masa Peribadi.

Bersendirian adalah sesuatu yg boleh korg lakukan bg melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan. Atau amalkan senaman pernafasan dalaman dgn betul selama 10 minit setiap hari (amek nafas kembungkan perut mcm baby) Ataupun berjalan selama 20minit sambei dgr lagu favourite.


5. Perhatikan Cahaya.

Yang ni Iejam suka. Luangkan masa di luar rumah boleh membantu korg semua jadi ceria. Kalau malas nak keluar, dok jer tepi tingkap asalkan dpt menikmati cahaya luar. Kajian cakap, sehingga 54% simptom pemulihan bg yg murung bila diorg didedahkan dgn cahaya matahari 1jam selama 5minggu. Wow...

Cantik kan... ni kat ladang UPM, tempat blajar Iejam, suka g sini...


6. Telefon Kawan.

Tidak hairanlah, org yg sunyi sering kali dilanda kemurungan. So untuk nak rs gembira, tumpukan perhatian dgn merapatakan hubungan sekurang-kurangnya 3 kawan baik. Tp Iejam ada ramai hahaha... korg plak cmne?? So jgn lupa kawan2, ajak lah pegi shopping ker, tgk wyg ker, bersenam sama2 ker. Dgn itu hidup kita pasti lebih ceria dgn kehadiran kawan2.

Ni saat2 pegi tgk teater kat Dewan Bandaraya....


Itu aja entry Iejam kali ni, so atasi masalah emosi korg, bergembira dan jgn lupa ceria-ceria selalu. Iejam juga menggalakkan kawan2 untuk baca entry ni dan jgn segan2 komen. huhu ceria selalu !!!

Tuesday, June 28, 2011

NATCOMP 2011 : TOP 10 ke Grand Final

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


28hb Jun 2011, tamatnya pusingan kelayakan bagi pertandingan pancaragam seluruh Malaysia NATCOMP 2011. Sesi yang terakhir iaitu di bahagian East Malaysia, Sarawak menampilkan tiga pasukan yg berentap bagi melayakkan diri ke pusingan akhir NATCOMP 2011 yg bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17hb Julai 2011 , jam 8malam nanti.


Apa yg lebih menariknya adalah semangat kerjasama dan daya saing yg sihat dipamerkan oleh kesemua pasukan ini dalam memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton amatlah membanggakan. Diharap, semua pasukan yang layak ke pusingan akhir dapat memberikan kepuasan kepada penonton di samping memastikan pasukan berjaya menggondol hadiah yang ditawarkan.



Trofi untuk pemenang


Usaha dan keringat yg telah diperah serta pengorbanan masa, tenaga, wang malahan apa jua sekalipun amatlah berbaloi jika persembahan yang diberikan setiap pasukan itu adalah yang terbaik dan menjadi perbualan ramai.

STF BAND, Johor dgn temanya Lady Gaga



Inilah hero-hero Kedah yang kini KSAH BAND di tangga ke-4

Persembahan yg menarik daripada SASBAND a.k.a MULAN


Jika kita lihat kembali, setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelemahan masing-masing yang dimana setiap pasukan masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan dan mempamerkan persembahan yg meletup pada 17hb Julai kelak.

Northern zone II, Penang

Central Zone, Selangor

Central Zone, Selangor also...

Wajah ceria JIT SIN BAND after result...

Chung Hwa BAND, Sarawak early this morning...terus melonjak tangga ke-3


Pelbagai kenangan dan perkara yg berlaku sepanjang persiapan setiap pasukan dalam menyertai NATCOMP 2011 ini dan pastinya ianya akan menjadi memori yg terindah dalam hidup dan tiada tolok bandingnya. Walau apapun keputusannya, setiap pasuka haruslah bangga dgn pasukan sendiri kerana telah berjaya memberikan persaingan yang hebat dalam memilih Top 10 NATCOMP 2011 utk pusingan GRAND FINAL nanti.


Berikut adalah senarai pasukan yang layak ke pusingan GRAND FINAL NATCOMP 2011:

1.SMK Sultanah Asma, Kedah(86.1%)

2.SMK St John, Selangor (75.4%)

3.SMK Chung Hua, Sarawak (73.8%)

4.Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (73.4%)

5.Sekolah Tun Fatimah, Johor (70.5%)

6.SMK (P) Methodist, Kuantan, Pahang (69.1%)

7.SMK Seri Garing, Selangor (68.8%)

8.SMJK Jit Sin, Penang (67.5%)

9.SMK Tinggi Klang, Selangor (66.9%)

10.Pasir Gudang Band, Johor (66.8%)



Tahniah diucapkan kepada pasukan yang melayakkan diri ke peringkat akhir, jumpa semua di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17hb Julai kelak. Kepada yg tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan dengan persembahan yang lebih menyakinkan dan mempesonakan. Kepada semua readers, dtg jgn xdtg, masuk adalah PERCUMA...Jumpa anda di sana !!!





Saturday, June 25, 2011

NATCOMP 2011 : Update


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua...


Entry nih simple jaa sekadar update untuk NATCOMP 2011 setakat 25 Jun 2011. Hari ni baru jer selesai berlangsungnya NATCOMP Preliminary Round Northern Zone II kat Penang.


Ni keputusan untuk pertandingan malam ni :


Official results: NATCOMP 2011 Northern II Preliminary Rounds

(25 June 2011: Stadium Olahraga Penang)


Champion: SMJK Jit Sin (67.5%)
Runner-Up: SMJK Chung Ling (66.2%)
2nd Runner-Up: SMJK Perempuan Cina (60.7%)
Best Drum Major: SMJK Chung Ling


So, untuk ranking terbaru NATCOMP 2011 setakat malam ni 25 Jun 2011 :

1.SMK Sultanah Asma, Kedah(86.1%)

2.SMK St John, Selangor (75.4%)

3.Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (73.4%)

4.Sekolah Tun Fatimah, Johor (70.5%)

5.SMK (P) Methodist, Kuantan, Pahang (69.1%)

6.SMK Seri Garing, Selangor (68.8%)

7.SMJK Jit Sin, Penang (67.5%)

8.SMK Tinggi Klang, Selangor (66.9%)

9.Pasir Gudang Band, Johor (66.8%)

10.SMJK Chung Ling, Penang (66.2%)


So, tinggal satu zone jer lg yg belom bertanding iaitu :


NATCOMP2011 Preliminary Round East Malaysia Zone
28 June 2011, Stadium Miri, 9.00am

SMK St. Colomba
SMK St. Joseph Miri
SMK Chung Hua Miri
SMK Jalan Riam


Tahniah kepada pasukan yang masih di dalam ranking Top 10 untuk melayakkan diri ke FINAL STAGE. Tahniah juga kepada semua pasukan yg bertanding pada malam ini. Kepada semua pasukan, diharap dapat memberikan kejutan di FINAL STAGE nanti. Ini jer entry utk hari ni, sekadar berkongsi kedudukan terkini Pancaragam Malaysia untuk NATCOMP 2011. Thanxxx~~~

Friday, June 24, 2011

Heroes VS Mulan !!!


Heroes VS Mulan !!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Petang kelmarin I pegi usha-usha band comp kat Alor Star, National Competition for Malaysian School Marching Band. Pegi usha Northern zone I iaitu kat Kedah. Comp nih sekadar preliminary round fro all school band kat Malaysia utk melayakkan diri diorg ke Final Round nanti.


Seawal jam 1.30 tghari, I bertolak dari umah ke Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk sama-sama memeriahkan suasana di sana. Sampai jer kat sana SASBAND ( Sultanah Asma School BAND ) daa ada kat sana dok warm up. Comp kali nih SASBAND dan KSAH BAND jer yg masok utk NATCOMP nih, Keat Hwa BAND xmasok.


Sempat gak la tlg2 sekadar yg mampoo utk persiapan band kesayangan I iaitu KSAH Band. huhuhu... Well pertandingan start pkul 4.00 ptg tp I saja gigih pegi awal nak cop tempat sbb seperti yg dijangka mmg full stadium ptg tuh... dapat port baek punya so best lorr usha kedua2 pasukan.


KSAH BAND start dlu dgn tema persembahan Hall of Heroes dimana KSAH BAND mempamerkan persembahan yang menarik melalui adventure hero2 terkenal seperti Zorro, Incredibles, Pirates of Caribbean dan Merong Mahawangsa. Ternyata persembahan pasukan ini mudah difahami penonton dan kualiti persembahan yg meningkat berbanding tahun sebelumnya. Namun maseh ada ruang untuk diperbaiki oleh pasuka ini. Diharap pasukan ini mampu meminimumkan kesalahan jerteru mempamerkan persembahan yg lebih baek di FINAL STAGE nanti.


Persembahan seterusnya adalah daripada SASBAND dengan temanya MULAN. Sebuah persembahan menceritakan perjalanan hidup Mulan yang dipamerkan melalui persembahan gerak formasi serta susunan muzik yang sesuai skali dgn latar ceritanya. Persembahan berkonsepkan teater muzikal ini telah banyak menambat hati penonton. Walaubagaimanapun, pasukan ini maseh mampu memperbaiki persembahan mereka untuk melayakkan mereka kekal juara NATCOMP 2011 kelak.


Berikut merupakan kedudukan markah bagi ranking Malaysia setakat 24hb Jun 2011:


1.SMK Sultanah Asma, Kedah(86.1%)

2.SMK St John, Selangor (75.4%)

3.Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (73.4%)

4.Sekolah Tun Fatimah, Johor (70.5%)

5.SMK (P) Methodist, Kuantan, Pahang (69.1%)

6.SMK Seri Garing, Selangor (68.8%)

7.SMK Tinggi Klang, Selangor (66.9%)

8.Pasir Gudang Band, Johor (66.8%)

9.SMK Lembah Bidong, Terengganu (61.6%)

10.SMJK Chong Hwa, Selangor (60.5%)


Tetapi harus diingatkan bahawa ranking ini belum kekal kerana maseh ada beberapa zone lagi yang belum bertanding antaranya :



Northern Zone II
25 June 2011, Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 4.00pm

SMJK Chung Lin Butterworth
SMJK Jit Sin Bukit Mertajam
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang
SMJK Union
SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin
SMK (P) St. George
SMK Bagan Jaya


East Malaysia Zone
28 June 2011, Stadium Miri, 9.00am

SMK St. Colomba
SMK St. Joseph Miri
SMK Chung Hua Miri
SMK Jalan Riam


Nie la Mulan-mulan nya ~~~


Hero-hero melangkah gagah !!!



Akhir kata, mari lah sama-sama melapangkan masa untuk menyokong mereka2 di FINAL STAGE nanti pada 17hb Julai 2011, 8.00 pm di Stadium Putra Bukit Jalil. Bawak la penyokong untuk pasukan kegemaran anda !!!


Watch : SASBAND



Thursday, June 23, 2011

Segmen Tips Bersama Mak Semah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Selamat datang ke Segmen Mak Semah...

Topik hari ini hangat sikit daripada biasa... bukan nak menghangatkan suasana tp sekadar amek tahu dan sekadar suka-suka saja. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda semua terkeliru dengan identiti kawan-kawan korg, adek beradik mahupun jiran tetangga. So, ini la tips nya...

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah. (yo yo orr jerr kalau suka makan xpe kan...hehe)

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akak-akak jer tahu apa itu kain organza, okay, huhu) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje. ( Yela, mana maen Kamdar.. Jakel la bru best !!! )

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan 'sesuatu' dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu. ( Tp la ni "nok" la paling feymes... haha)

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak? ( Eh salah ker nak beli umah dlu, keta, pegi wat Haji dgn Mak Ayah.. ish3...)

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa. (Githooo... kalau bwk balek jantan kendooo pon sama jahh... kononnya bwk balik menantu lorr)

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki... daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"click" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona. (Nona ??? Aiyooo baek bukak Wonder Pets... hahaha)

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap. (yeke... ada jah yg penuh almari.. oppss tercarut plak...)

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada, lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri. ( Takkan nak ckp Abu Ali Bedah Milah Timah Tipah plak... kampung sgt)

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan. (yang ni xpenah lg la jumpa... kerap bwk balik jantan ke rumah tu penah gk dengar... hahahaha)

Walaubagaimanapun, apa jua sifat kawan-kawan kita, dia tetap makhluk ciptaan Allah S.W.T, selagi dia tidak abaikan tanggungjawab dia sebagai umat Islam dan tindak melanggar hukum hakam, so kita tak leh la nak sisihkan dia. Tak luput pon pahala kita semua kalau bergaul dengan mereka2 nih...



Nie citer Sutun, korg penah tgk kan kat tv kan...




So, tu jer entry kali nih... saja nak sonok2 bercerita...huhu... hope enjoy ~~~

Assalamualaikum...

Friday, June 10, 2011

Bintang Kecilku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Hye Hye Hye semua....

boring2 nih xde menda nak buat tetiba dpt ilham...

nak gubah lirik utk lagu yg laing i suka...

lagu Super Junior - In My Dream...

lagu yg penuh emosi dan menghayat hati ni...

so I buat lirik sendiri utk hiburan semata2...

so terimalah Bintang Kecilku ~~


Bintang Kecilku


Setiap saat bersama pasti takkan daku lupa

Sentuhanmu memberi seribu makna dihatiku

Tatkala jiwa gelisah hadirmu menawar duka

selamanya disisi menemaniku


Kau yang amat ku sayang, yang amat ku cinta

kekal s'lamanya tiada gantinya

Ku mengharap dirimu disana

kembali disisiku, sayang


Chorus:

Kau bintang kecilku melengkapi aku

menyempurnai ku sesungguhnya

ku mencintaimu sepenuh hatiku

walaupun kau kini telah jauh melangkah pergi


Setiap mimpi-mimpiku tiada erti hanya ngeri

Kedinginan menyelimuti mendampingi tidurku

Pernah di kau berjanji hanya aku yang kau cinta

Tapi semua cuma hanya sementara


Kau yang amat ku sayang, yang amat ku cinta

kekal s'lamanya tiada gantinya

Ku mengharap dirimu disana

kembali disisiku, sayang


Chorus:

Kau bintang kecilku melengkapi aku

menyempurnai ku sesungguhnya

ku mencintaimu sepenuh hatiku

walaupun kau kini telah jauh melangkah pergi


brigde:

Wajahmu tetap di mataku

Cintamu tetap di hatiku

Walau apa terjadi ku tetap menunggu

Hingga akhir hayatku untukmu


Chorus:

Kau bintang kecilku melengkapi aku

menyempurnai ku sesungguhnya

ku mencintaimu sepenuh hatiku

walaupun kau kini telah jauh melangkah

Kau bintang kecilku melengkapi aku

menyempurnai ku sesungguhnya

ku mencintaimu sepenuh hatiku

walaupun kau kini telah jauh melangkah pergi


Oooo... uuuu...

Jauh melangkah pergi....


Super Junior - In My Dream



Huhu...maaf kalau tak best... apa pon komen la... kasi pendapat...huhuhu....

Thanxx buat semua yg view....


Assalamualaikum....

Monday, June 6, 2011

Tired of it ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Erm...I'm tired...
u noe y...because I've sick to have to do it...
over and over again...
Arrgghhh~~~

Well, I noe u dont understand
if I not telling u all...
erm...

I hate myself for being...
or doing the same thing everyday...
I'm sick of it...

I've to check my email again and again...
but nothing shows out...
it left me lots of thing called confused...
ermmm....

I dont what to do...
and I'm tired...



see what I've told you....
ermmm....


I hope things gonna be better in time...
but I helpless when I need to wait...
ermmm....


Well, I just need to be more patience...
ermmm sorry u guys need to read all of this...
but today is not my day...
wanna let my confusing thing off from my head...


See ya...
Let see either of my movie collection...
can make me any better that this...
ermmm thanx ya...


Assalamualaikum...

Sunday, June 5, 2011

Little Work Out

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Well, hari ni beberapa effort...

telah dilakukan for upgrade my blog...

dah lama bersarang..so ni bru cuci2 skit...hahaha...



As you can see...new template...hehhee...

cantekk tak??? komen ler skit..hik hik~~~

saja jela... tetiba rs tak malas (waste of word sedangkan bleh guna word rajin)

nak belek2 blog sekejap...lalala~~~


Lepas pekena nasik kenduri...

terus semangat nak tulis blog...hahaha...

yela tak dak menda nak wat kat umah..(so far)...

ermmm....


Well.. jgn lupa click lagu tu...

dengar la...currently my fav song...hik hik~~

Mans Zelmerlow - Hope and Glory acoustic version...

swedish singer, have good looks...lala...

nice vocal also...hahaa~~



So ni la Mans Zelmerlow tu.. How's he??


Of kos bukan minat dia sbb rupa...

lagu2 dia best...dan sedap di telingaku ini...hahahah

(plizz jgn salah paham)...


Erm...then layan Charmed jugak...

hahaha punya la nak tgk balik...

but I have to finish Season 1 before I move on to another...

Oh my~~ ada 9 more episodes b4 I can move on to Season 2...


Erm well...

Tak kisah la...yang penting harap bersempatan la tgk...

tak tau la bila free lagi... rsnya lepas ni mmg akan bizi gila...

hope semuanya akan berjalan dgn lancar...

doakan kejayaan I ok...for my future...

ermmm and I will pray for U too...


Oh my...

nak g makan jap...dah lapar plak...

hope to know your feedback about my blogs' new tranformation...

see ya~~~


Assalamualaikum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks