Wednesday, June 29, 2011

Camne nak CERIA ??? Meh baca nih...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....


Pertama-tamanya nak ucapkan jutaan terima kasih buat kawan2 yg sudi follow iejam. Iejam sgt gembira huhu... Okay for entry kali ni tercetus bila dgr ada kawan Iejam yg berduka, bermuram durja aja. So maybe entry ni bleh sama-sama tlg semua readers yg mungkin menghadapi masalah bermuran durja ini. Org ckp kalau muram ni muka xcantik.. cuba g tgk cermin.. uhuhu... lawak jer...


Erm, kita slalu dgr bila sakit perut atau sakit blakang, demam ka slalu p jumpa doktor kan? Tp bila emosi kita sakit contonhnya bimbang, sedih ataupun murung yg berpanjangan... So cmne nak atasi sakit2 yg cmni??


Iejam nak kongsi satu kajian sempena Discovery health and Mental Health America di Virgina (yg Iejam terbaca), 53% wanita mengaku risaw selama berminggu2 ---> ni petanda kebimbangan. 54% pula sedih dan berputus asa secara berkala ----> ni petanda kemurungan. Dan hanya 35% yg menerima diagnosis sah akan kebimbangan atau kemurungan yg dialami (ramai yg xtau bahawa diorg ni jatuh dalam kategori mana). Menurut kajian laen, nak merawat gangguan mood ni memakan masa sehingga 6 TAHUN (lama ooo).


Untuk mengelakkan masalah gangguan mood ni semakin teruk, atasinya di peringkat awal. Jumpa doktor ataupun ikut beberapa cara yang bakal iejam ceritakan. Tapi pasti perlu mengubah beberapa tabiat harian bagi membantu meningkatkan kualiti hidup. Iejam cadangkan ieda-idea berikut untuk menceriakan mood dan belajar mengatasi mood risaw, murung dan masalah berkaitan emosi.


1. Bersenam. Lupakan Kesedihan.

Ramai berkata bersenam untuk kesihatan fizikal dan mental. Mmg benar, bersenam akan merangsang penghasilan bahan kimia ceria dopamine dalam otak. Korg cuma perlu berjalan 30minit sehari dah boleh menceriakan mood korg. Tak susah pon keliling umah pon da cukup.. hik hik ~~

Comel tak kawan2 Iejam bersenam?


2. Makan Makanan Berkhasiat.

Selalu dgr kan? tp nak makan apa? haaa ni, makan la ikan sbb ikan kaya dgn asid lemak omega-3 yg merangsang bahagian otak berkaitan dgn mood, makan la ikan rendah tahap merkuri cam salmon ataupon sardin 2kali seminggu. Selain tu, makan makanan kaya folate mcm lobak, kekacang dan oren kaya khasiat nyah-murung serotonin. Cepat2 singgah kedai beli semua nih...

Nyum Nyum... sedap la plak....


3. Tidur Nyenyak.

Tidur bukan saja untuk cantik malah tidur untuk ceria. Mendapatkan rehat 7-8jam sgt penting utk kesihatan emosi. Bagi memudahkan tidur bg yg susah nak tidur, lupakan menonton tv atau melayari internet (blogging ker opppsss alamak...) ataupun senaraikan kerisauan dalam buku nota (blogging pon ok gk kan hahaha) supaya korg berfikiran lapang b4 tidur. Korg boleh jugak buat regangan skit b4 tidur.

Ni la anak Iejam... (haha yo yo or jer anak kau!!)


4. Luangkan Masa Peribadi.

Bersendirian adalah sesuatu yg boleh korg lakukan bg melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan. Atau amalkan senaman pernafasan dalaman dgn betul selama 10 minit setiap hari (amek nafas kembungkan perut mcm baby) Ataupun berjalan selama 20minit sambei dgr lagu favourite.


5. Perhatikan Cahaya.

Yang ni Iejam suka. Luangkan masa di luar rumah boleh membantu korg semua jadi ceria. Kalau malas nak keluar, dok jer tepi tingkap asalkan dpt menikmati cahaya luar. Kajian cakap, sehingga 54% simptom pemulihan bg yg murung bila diorg didedahkan dgn cahaya matahari 1jam selama 5minggu. Wow...

Cantik kan... ni kat ladang UPM, tempat blajar Iejam, suka g sini...


6. Telefon Kawan.

Tidak hairanlah, org yg sunyi sering kali dilanda kemurungan. So untuk nak rs gembira, tumpukan perhatian dgn merapatakan hubungan sekurang-kurangnya 3 kawan baik. Tp Iejam ada ramai hahaha... korg plak cmne?? So jgn lupa kawan2, ajak lah pegi shopping ker, tgk wyg ker, bersenam sama2 ker. Dgn itu hidup kita pasti lebih ceria dgn kehadiran kawan2.

Ni saat2 pegi tgk teater kat Dewan Bandaraya....


Itu aja entry Iejam kali ni, so atasi masalah emosi korg, bergembira dan jgn lupa ceria-ceria selalu. Iejam juga menggalakkan kawan2 untuk baca entry ni dan jgn segan2 komen. huhu ceria selalu !!!

11 comments:

awinfaizny91 said...

banyak care boleh buat kan..tp yg pling pntg bile ade mslh msti jumpe tuhan kite..smyg.thanks untk tips2 tuh...n thanks follow sye.:)

Rohaizam Rosli said...

btol3... smbhyg tu dah menjadi kewajipan xkira time suka mahupun duka... huhu welkem awin... sudi jenguk2 iejam... huhu...

Izzaty Ishak said...

Pergh terbaik la tips-tips nih. Zaty selalu kurang tido, asyik mengadap lappy je. Patut ahh kadang-kadang seteressss je. Tapi part dengar lagu favourite tu best. Selalu buat. Haha

Rohaizam Rosli said...

huhu....kan zaty kan... mmg layan ja bila dgr lagu fav nih... slalu lau iejam mood xok ni slalu ubatnya tido jer... lepas tido konpem ceria... hahahaha....

falia shazana said...

comel nye kawan2 bersenam.. hehehe..

Rohaizam Rosli said...

kan3... comwl2 blaka kan manja...huhuhu....

Mr Swat said...

senam bek tuk kesihatan :P

qudwa said...

trbaik la n3 ni...

nk ceria pn ad tips ea...nice..XD

Rohaizam Rosli said...

Mr Swat >> btol2.. mmg baek utk kesihatan jiwa dan juga raga... hahhaa

qudwa>> msti lorr... kna ceria2 slalu... bru best !!! jom ceria !!!

Eyda Dania said...

follow awk gk..adess..ssh la nk ltk link kt shoutbox..

Rohaizam Rosli said...

huhu a lot of thanxx sbb follow saya... oohhh susah ekk??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih