Tuesday, June 28, 2011

NATCOMP 2011 : TOP 10 ke Grand Final

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


28hb Jun 2011, tamatnya pusingan kelayakan bagi pertandingan pancaragam seluruh Malaysia NATCOMP 2011. Sesi yang terakhir iaitu di bahagian East Malaysia, Sarawak menampilkan tiga pasukan yg berentap bagi melayakkan diri ke pusingan akhir NATCOMP 2011 yg bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17hb Julai 2011 , jam 8malam nanti.


Apa yg lebih menariknya adalah semangat kerjasama dan daya saing yg sihat dipamerkan oleh kesemua pasukan ini dalam memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton amatlah membanggakan. Diharap, semua pasukan yang layak ke pusingan akhir dapat memberikan kepuasan kepada penonton di samping memastikan pasukan berjaya menggondol hadiah yang ditawarkan.



Trofi untuk pemenang


Usaha dan keringat yg telah diperah serta pengorbanan masa, tenaga, wang malahan apa jua sekalipun amatlah berbaloi jika persembahan yang diberikan setiap pasukan itu adalah yang terbaik dan menjadi perbualan ramai.

STF BAND, Johor dgn temanya Lady Gaga



Inilah hero-hero Kedah yang kini KSAH BAND di tangga ke-4

Persembahan yg menarik daripada SASBAND a.k.a MULAN


Jika kita lihat kembali, setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelemahan masing-masing yang dimana setiap pasukan masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan dan mempamerkan persembahan yg meletup pada 17hb Julai kelak.

Northern zone II, Penang

Central Zone, Selangor

Central Zone, Selangor also...

Wajah ceria JIT SIN BAND after result...

Chung Hwa BAND, Sarawak early this morning...terus melonjak tangga ke-3


Pelbagai kenangan dan perkara yg berlaku sepanjang persiapan setiap pasukan dalam menyertai NATCOMP 2011 ini dan pastinya ianya akan menjadi memori yg terindah dalam hidup dan tiada tolok bandingnya. Walau apapun keputusannya, setiap pasuka haruslah bangga dgn pasukan sendiri kerana telah berjaya memberikan persaingan yang hebat dalam memilih Top 10 NATCOMP 2011 utk pusingan GRAND FINAL nanti.


Berikut adalah senarai pasukan yang layak ke pusingan GRAND FINAL NATCOMP 2011:

1.SMK Sultanah Asma, Kedah(86.1%)

2.SMK St John, Selangor (75.4%)

3.SMK Chung Hua, Sarawak (73.8%)

4.Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (73.4%)

5.Sekolah Tun Fatimah, Johor (70.5%)

6.SMK (P) Methodist, Kuantan, Pahang (69.1%)

7.SMK Seri Garing, Selangor (68.8%)

8.SMJK Jit Sin, Penang (67.5%)

9.SMK Tinggi Klang, Selangor (66.9%)

10.Pasir Gudang Band, Johor (66.8%)



Tahniah diucapkan kepada pasukan yang melayakkan diri ke peringkat akhir, jumpa semua di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17hb Julai kelak. Kepada yg tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan dengan persembahan yang lebih menyakinkan dan mempesonakan. Kepada semua readers, dtg jgn xdtg, masuk adalah PERCUMA...Jumpa anda di sana !!!





14 comments:

PenDekAr LauT said...

Wahhh.. Hebat2 belaka.. Mesti kene gi ni.. rugi tak ke sana.. huhuhuhh

Black_roses92 said...

high school tmpat ke 9? hurm..boleh tahan gak ranking. :)

TeAqArH said...

cmno mgs leh jatuh ni??bkn dya pun antra yg top ke??(walaupun bukan skolah tu)...
ksah tau dah..mst dlm list punye(sbb bljr kat kedah..okeh.ksah skolah laki..heheh

TeAqArH said...

kamu ni same batch ngn shamsul izwan rosli ker???saje tnye..sbb kenal dia...mase tgk2 fb td..mutual ngn dia..^_^

Fad said...

hai..dh singgah..:):)

Sasa Tien said...

buat saya teringat yang dulu sebeb saya pun ahli pancaragam yang main saxsophone!!! nice photos !
dan thanks for following me ya.

sasa tien from http://sasatien.blogspot.com

Rohaizam Rosli said...

fad >> singgah2 lah....

teaqarh >> ohh iejam xsebatch dgn dia... shamsul junior iejam... iejam form 5 diorg form 2... tp mmg baek dgn dia... huhu...ohh biasa la kdg2 jatuh kdg2 naek... tp ok la mgs stil bleh masok final...

black roses>> huhu klang high school.. xsabar nak tgk diorg jugak...

pendekar laut>> dtg jgn xdtg... iejam pon nak pegi sana... huhu nak sokong KSAH dan asma...

Rohaizam Rosli said...

sasa tien >> huhu ur welkem... waaa best lor leh kenal ramai bdk2 band nih... iejam maen tuba... huhu.... seronok zaman2 dalam band nih... sampai sekarang msti amek tahu sal band... huhu

TeAqArH said...

oh..begitu ceritanye..6_^..

Rohaizam Rosli said...

haah...cmtu la ceritanya teaqarh... huhu ~~~~

Scarlett O'Hara said...

Tak sangka anak2 buah saya berjaya juga ke final setelah hampir 5 tahun ditubuhkan.tak sabar nak ke stadium B Jalil.Pengetua pun nak ikut.Yahoooo!!!

Rohaizam Rosli said...

Scarlett O'Hara >> Tahniah2... huhu by deway anak2 buah skolah mana?? Pancaragam Pasir Gudang ekk?? bleh sokong2 nanti...huhu....

Azyan said...

team kedah,dua2 dapat g final.hee,bangga walaupun bkn bdak ksah or asma ;)
congrats sahc band and sas band!

Rohaizam Rosli said...

huhuhu.... kan3.... iejam pon bangga dan sgt seronok... iejam da xsabar nak tgk final round nnti... harap2 dua2 band kedah nih dpt placing la... huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih