Friday, June 24, 2011

Heroes VS Mulan !!!


Heroes VS Mulan !!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Petang kelmarin I pegi usha-usha band comp kat Alor Star, National Competition for Malaysian School Marching Band. Pegi usha Northern zone I iaitu kat Kedah. Comp nih sekadar preliminary round fro all school band kat Malaysia utk melayakkan diri diorg ke Final Round nanti.


Seawal jam 1.30 tghari, I bertolak dari umah ke Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk sama-sama memeriahkan suasana di sana. Sampai jer kat sana SASBAND ( Sultanah Asma School BAND ) daa ada kat sana dok warm up. Comp kali nih SASBAND dan KSAH BAND jer yg masok utk NATCOMP nih, Keat Hwa BAND xmasok.


Sempat gak la tlg2 sekadar yg mampoo utk persiapan band kesayangan I iaitu KSAH Band. huhuhu... Well pertandingan start pkul 4.00 ptg tp I saja gigih pegi awal nak cop tempat sbb seperti yg dijangka mmg full stadium ptg tuh... dapat port baek punya so best lorr usha kedua2 pasukan.


KSAH BAND start dlu dgn tema persembahan Hall of Heroes dimana KSAH BAND mempamerkan persembahan yang menarik melalui adventure hero2 terkenal seperti Zorro, Incredibles, Pirates of Caribbean dan Merong Mahawangsa. Ternyata persembahan pasukan ini mudah difahami penonton dan kualiti persembahan yg meningkat berbanding tahun sebelumnya. Namun maseh ada ruang untuk diperbaiki oleh pasuka ini. Diharap pasukan ini mampu meminimumkan kesalahan jerteru mempamerkan persembahan yg lebih baek di FINAL STAGE nanti.


Persembahan seterusnya adalah daripada SASBAND dengan temanya MULAN. Sebuah persembahan menceritakan perjalanan hidup Mulan yang dipamerkan melalui persembahan gerak formasi serta susunan muzik yang sesuai skali dgn latar ceritanya. Persembahan berkonsepkan teater muzikal ini telah banyak menambat hati penonton. Walaubagaimanapun, pasukan ini maseh mampu memperbaiki persembahan mereka untuk melayakkan mereka kekal juara NATCOMP 2011 kelak.


Berikut merupakan kedudukan markah bagi ranking Malaysia setakat 24hb Jun 2011:


1.SMK Sultanah Asma, Kedah(86.1%)

2.SMK St John, Selangor (75.4%)

3.Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (73.4%)

4.Sekolah Tun Fatimah, Johor (70.5%)

5.SMK (P) Methodist, Kuantan, Pahang (69.1%)

6.SMK Seri Garing, Selangor (68.8%)

7.SMK Tinggi Klang, Selangor (66.9%)

8.Pasir Gudang Band, Johor (66.8%)

9.SMK Lembah Bidong, Terengganu (61.6%)

10.SMJK Chong Hwa, Selangor (60.5%)


Tetapi harus diingatkan bahawa ranking ini belum kekal kerana maseh ada beberapa zone lagi yang belum bertanding antaranya :



Northern Zone II
25 June 2011, Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 4.00pm

SMJK Chung Lin Butterworth
SMJK Jit Sin Bukit Mertajam
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang
SMJK Union
SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin
SMK (P) St. George
SMK Bagan Jaya


East Malaysia Zone
28 June 2011, Stadium Miri, 9.00am

SMK St. Colomba
SMK St. Joseph Miri
SMK Chung Hua Miri
SMK Jalan Riam


Nie la Mulan-mulan nya ~~~


Hero-hero melangkah gagah !!!



Akhir kata, mari lah sama-sama melapangkan masa untuk menyokong mereka2 di FINAL STAGE nanti pada 17hb Julai 2011, 8.00 pm di Stadium Putra Bukit Jalil. Bawak la penyokong untuk pasukan kegemaran anda !!!


Watch : SASBAND



2 comments:

MohdHaz said...

SMK Sultanah Asma mmng best =)

suke tgok diaowng perfome..

Rohaizam Rosli said...

kan3... mmg best... formation kemas lagu mantap... always give da best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks