Thursday, June 23, 2011

Segmen Tips Bersama Mak Semah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Selamat datang ke Segmen Mak Semah...

Topik hari ini hangat sikit daripada biasa... bukan nak menghangatkan suasana tp sekadar amek tahu dan sekadar suka-suka saja. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda semua terkeliru dengan identiti kawan-kawan korg, adek beradik mahupun jiran tetangga. So, ini la tips nya...

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah. (yo yo orr jerr kalau suka makan xpe kan...hehe)

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akak-akak jer tahu apa itu kain organza, okay, huhu) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje. ( Yela, mana maen Kamdar.. Jakel la bru best !!! )

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan 'sesuatu' dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu. ( Tp la ni "nok" la paling feymes... haha)

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak? ( Eh salah ker nak beli umah dlu, keta, pegi wat Haji dgn Mak Ayah.. ish3...)

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa. (Githooo... kalau bwk balek jantan kendooo pon sama jahh... kononnya bwk balik menantu lorr)

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki... daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"click" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona. (Nona ??? Aiyooo baek bukak Wonder Pets... hahaha)

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap. (yeke... ada jah yg penuh almari.. oppss tercarut plak...)

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada, lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri. ( Takkan nak ckp Abu Ali Bedah Milah Timah Tipah plak... kampung sgt)

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan. (yang ni xpenah lg la jumpa... kerap bwk balik jantan ke rumah tu penah gk dengar... hahahaha)

Walaubagaimanapun, apa jua sifat kawan-kawan kita, dia tetap makhluk ciptaan Allah S.W.T, selagi dia tidak abaikan tanggungjawab dia sebagai umat Islam dan tindak melanggar hukum hakam, so kita tak leh la nak sisihkan dia. Tak luput pon pahala kita semua kalau bergaul dengan mereka2 nih...



Nie citer Sutun, korg penah tgk kan kat tv kan...




So, tu jer entry kali nih... saja nak sonok2 bercerita...huhu... hope enjoy ~~~

Assalamualaikum...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks