Sunday, July 3, 2011

Apa yg kita tau sal Budaya Malaysia ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam Iejam dgr rata-rata telah melangsungkan event 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang mana Iejam rs event tu bagos la kot dalam nak memartabatkan sukan negara bila semua adik2 kita nih aktif bersukan (ni Iejam tolak buang la unsur2 politik dalam tu).


Apa yg Iejam nak bangkitkan, kenapa kita tak terapkan sekali budaya Malaysia dalam program ni. Yela apa salahnya kalau jd event 1 Murid 1 Sukan 1 Budaya 1 Malaysia . Iejam rs tak salah kita masukkan skali unsur kebudayaan dalam program ni.



Iejam tau, kita mmg kaya dgn kebudayaan cuma Iejam musykil adakah generasi muda kita ni terdedah dgn semua ni?? Jgn nenek moyang kita jer tau, kita tak tau apa... yg tau tu haaa budaya barat sana. Sbb Iejam dpt tgk anak muda skarang sendiri tak tau apa tu Zapin, Kuda Kepang, Ghazal, Samrah, Lagu2 Asli, Joget, Inang, Boria dan macam2 lagi. Iejam rs ada antara kita pon xtau cmne semua ni, kan? Iejam sendiri akui Iejam cuma tau beberapa jer, yg laen Iejam penah dgr tp Iejam sendiri xtau cmne.


Bila Iejam tnya2 adek2 Iejam, adek2 kwn Iejam, diorg pon xtau apa pon, sbb benda ni tak diterapkan di zaman persekolahan. Iejam sendiri pon bru blajar time Iejam blajar kat UPM. Seryesly kat Kedah mmg kurang didikan kebudayaan nih, tp xtau la kat negeri laen. But yg Iejam tau, Johor mmg sentiasa menerapkan Zapin even dari tadika lg dan Pulau Pinang dgn Borianya. Iejam kagum sbb diorg didik anak muda untuk kekalkan kebudayaan negeri masing.

Ni boria... gambar sekadar contoh jer...


Kuda Kepang... huhu~~~


Betol apa yg Iejam pk ni, kalau xde didikan cmni, rsnya lama2 hilang la budaya Malaysia yg dihebahkan byk dan kaya. Kalau tak diturunkan, maka hilang la kekayaan tu, kaya dgn budaya barat jah. Iejam sampai sanggup blajar macam kat UPM, at least Iejam dpt tahu beberapa budaya yg ada kat Malaysia nih. Nak tahu Iejam blajar apa??? haha...


Iejam xkan bebel myk la... Iejam nak kongsi skit apa yg Iejam blajar kat UPM. Tapi Iejam tak hebat pon, bru blajar jer... so usha2 la video-video kat bwh ni, ada video Iejam join team zapin, yg 1st Zapin Tenglu dan yg 2nd Zapin Bunian dan Joget. Iejam pon ada join Boria..huhu... Ada lgi jenis zapin yg Iejam blajar cuma xde video. huhu~~~


So, sebarang komen dan pendapat leh la caci maki di ruangan komen. huhu~~~


Zapin Tenglu


Zapin Sri Bunian dan Joget


Boria

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Jom join segmen BEN ASHAARI : GEGAR BLOG JULAI 2011


Klik SINI utk JOIN jugak...


Soklan untuk kegunaan Abg BEN : Apa beza blogger zaman dlu2 dgn blogger zaman sekarang?



Saturday, July 2, 2011

JOM KITA JOIN : Bloglist Cik Nanie

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....


Petang-petang cmni Iejam mmg dah xde keja... asyik dok berjalan-jalan jer kat alam maya nih... then Iejam usha satu blog nih.. hahaha.... tang ta da... Blog Cik Nanie...


So Iejam nak join segmen nih... ayok kawan2 kita support cik Nani... huhu Iejam suka bila blogger2 support satu sama laen... xsalahkan... yela Iejam ni blogger biasa2 jah... xsalahkan support blogger2 laen... ni jer Iejam mampu... hahaha...


Nak join jugak ??? Klik SINI !!!!


huhu... ni utk Cik Nani... 3 Word Gempak dari Iejam : Blogging Masyuk Doe!!!!

dan Iejam tag 3org kawan Iejam...

1. Shuk

2. Hadi

3. Faizan


So bg yg nak join, bleh la lawat2 n tgk apa yg korg patot buat kat blog cik nani kita yer.... Ok Iejam kasik link lagik sekali...

Blog Cik Nani


Jom Join Ramai Ramai !!!!

Segmen Follow dan Komen !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Hari ini Iejam nak promote semua untuk join segmen ni... Segmen yg dibawah khas oleh INIKISAHTIA, iaitu SEGMEN JOM FOLLOW DAN KOMEN. Iejam nak join segmen nih... jom la kawan pon... huhu~~~


Sangat menarik segmen ni dan membuka ruang buat kita sesama blogger meningkatkan traffik blog kita. Iejam so far follower sudah memcecah 135...Huhuhu so tak salahkan nak join segmen nih... hehehe... Iejam suka sgt idea yg dikeluarkan oleh pencetus idea, Cik Tia kita nih.... huhuhu....


So kalau korg semua fikir segmen nih menarik, Join join ler... Klik jer link kat ni.... Ayuh Klik !!!




Friday, July 1, 2011

Say NO PLASTIC !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Erm pasti semua cm tertnya2 knapa Iejam benci3 kan... Bukan apa, ada beberapa senario yg Iejam lihat sekarang yg Iejam jadi panas sgt. Nak tau apa... Jom usha gambar kat bawah nih...


Pasal ni la, Iejam bukan apa Iejam pon bukan la manusia yg tak menghasilkan sampah. Kita semua akan menghasilkan sampah tak kisah la organik ker tak organik tp yg penting kita perlu tau apa sebenarnya kriteria utk menjadikan sesuatu tu sampah.


Iejam yakin maseh ramai lagi yg tak dapat beza kan mana sampah dan bukan sampah di dalam tong sampah masing2 (myk sgt sampah daa). Okay b4 Iejam berpanjang lebar lg nih, Iejam nak buat segmen Tahukan anda... Ermm Tahukah anda sampah sarap yg dihasilkan sehari di Malaysia adalah sama besar dengan negeri Perlis?? Percayalah bahawa ini adalah fakta.


Bila dipikir-pikir dan dikaji semula, apa sebenarnya yg ada dalam sampah rakyat Malaysia ni? kalau semua nak tau, 50-60% sampah kita ni byk sgt sisa makanan. Apa maksud semua nih? Ini menunjukkan rakyat Mlaysia suka membazir makanan. Betoi dak? Cuba cek tgk tong sampah hampa semua... Iejam tak cakap kosong tau, Iejam penah p check satu persatu tong sampah kat Putrajaya dlu. Hampa tnya tak geli ka? haaa... geli mmg ada tp ingt ada org carik rezeki dgn angkat sampah2 kita semua, rezeki halal buat anak bini... (Iejam respek abg2 dan pakcik2 nih)

Sronok bekerja dgn pakcik2 nih... ramah dan mesra... seminggu Iejam dgn diorg...


Nak tau lg apa yg byk dalam sampah kita?? Haaa next tempat keduanya dgn markah 12-15% ialah PLASTIK. Btol plastik mmg masalah terbesar dalam industri pelupusan sampah. Nak tau knapa Iejam ckp cmni? 1st nak kongsi pengalaman Iejam time praktikal dlu kat company yg handle sampah2 nih iaitu Alam Flora Sdn Bhd. Semasa Iejam praktikal kat sini mmg byk kalai Iejam pegi tempat pelupusan sampah. Mak aiii bila sampai sana sampah kita mmg berlungguk2 byknya. Yg paling byk PLASTIK la..


Kenapa Iejam merahkan PLASTIK dan siap Uppercase lg....ni sbb Iejam xsuka huhu... Fakta membuktikan bahawa PLASTIK mengambil masa lebih RATUSAN TAHUN untuk diuraikan. Maknanya selepas RATUSAN TAHUN, PLASTIK yg kita buang hari ni bru hilang. Bygkan brapa byk PLASTIK yg dipakai dan dibuang?? Byk dan tak terkata jumlahnya dan masih bersepuk2 kat situ (tempat pelupusan).


So Iejam nak nasihatkan kat kawan2 semua untuk kurangkan atau hentikan terus pemakaian PLASTIK dalam kehidupan seharian. Nak gi shopping bwk la raga sendiri ataupun beg. Tak dela kita nih menambahkan masalah pencemaran alam sekitar. Sama-sama selamatkan bumi tercinta untuk generasi yang akan datang.


Ada lagi cara lain iaitu KITAR SEMULA. Sangat bagos program nih sbb kita kurangkan benda kita nak buang. Sebenarnya dalam sampah kita tu ada lg yg boleh dipakai, cuma kena carik betol2 jgn main nak buang jer. Byk mende yg boleh dikitar semua contohnya paper (anykind of paper), botol kaca, botol plastik, kotak minuman, barangan elektronik, tin aluminium, besi, dan lain2 lagi. Kalau nak tahu, cuma 5% rakyat Malaysia aja yg buat kitar semula nih. Erm sikit jer tau...


Ni la tempat Iejam pernah praktikal slama beberapa hari,
menjaga Pusat Kitar Semula Putrajaya Presint 9... huhu...


Inilah contoh barang yg boleh dikitar semula... ni yg mana penduduk kat sini hntr...


Iejam bukan nak marah2 cuma sekadar peringatan buat semua, yela skarang tgk byk pencemaran tak kira kat mana2, even kat padang permainan, benda simple jer, masukkan sampah dalam tong sampah. Itu pun ada yg xleh nak buat, sebab apa?? Sbb xde kesedaran... Jgn la sampai dunia ni dah teruk, penyakit merata2, pencemaran merata2 bru nak sedar. Tapi dah terlambat nak terhegeh2 nak kitar semula or kurangkan pecemaran. Sebelum terlambat baek mulakan dari sekarang.


Iejam bukanlah apa... bila ada pengalaman berpraktikal kat Alam Flora ni, apa yg Iejam nmpk Iejam nak kongsi dgn semua biar semua nmpk dan tau apa sebenarnya yg berlaku. So, ni sedikit sebyk perkongsian pengalaman Iejam bersama Alam Flora Sdn Bhd. Jom usha2....


Ni saat2 nak visit n pantau tapak perlupusan sampah...


Ta daaa... da sampai dan siap posing2 lg dgn bju kemeja bagai ~~


Selori nih kutip sampah pepagi lagi.. Erm nak tau sapa yg kutip?? Jom skroll...


Inilah muka2 yg kutip sampah tu... Iejam buat keja ni seminggu wooo...


haha... ni tgh mengangkut, buka plastik dan check ada apa dlm tu... sbb tu Iejam tahu apa kandungan sampah rakyat Malaysia... hahaha gigih tau siap jumpa ayam KFC yg tak makan lg...



semua ni la yg kitorg bukak n usha ada apa dlmnya... seluar dalam pon ada... ish3 xpatot3...



yg ni iejam buat baja compost... dari apa?? usha kat bwah....



daripada sisa makanan yg dikumpulkan dari hasil operasi mengeledah sampah td...


Itulah serba sedikit pengalaman yg Iejam nak kongsikan, mungkin ada yg rasa geli tp inilah hakikat perjalanan hidup Iejam. Pengalaman tu sgt best dan seronok sgt praktikal Iejam. Takde la dok dalam lab aja, or dok dalam ofis aja. Praktikal Iejam mmg luar dalam ofis dan sampai pergi merata2 bos bwk Iejam. Mmg best sgt dapat bos cmtu. huhu~~~


So, Iejam akhiri dgn hidup lebih ceria bersama alam sekitar yg bersih serta tiada pencemaran. Berusahalah menjadi makhluk ciptaan Allah S.W.T yang bersyukur dgn nikmat yang diberikan. Sekian saja, selamilah nukilan jiwa Iejam KedondongLikat.


p/s : segala gambar adalah diambil semasa berpraktikal dulu....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks