Tuesday, July 12, 2011

Seni Budaya : Tarian Inang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Hari ni Iejam nak kongsi serba sedikit kebudayaan yg ada di Malaysia. Untuk entry hari ni Iejam nak kongsi salah satu jenis kebudayaan Melayu amnya, dan khasnya ialah Seni Kebudayaan Tarian Inang.


Mungkin ramai yg tak tahu apa tu Inang, asal usul Tarian Inang ni, dan tujuan ianya dipersembahkan. Jadi Iejam nak kongsi serba sikit apa yg Iejam tahu... Tarian Inang ni adalah berasal dari Tarian Mak Inang dimana tarian ini dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. haaa da lama oo tarian nih...


Tarian ini dicipta atas perintah Tuanku Sultan Mahmud Shah yang gemarkan kesenian. Ketua Inang yg bertindak sebagai ketua dayang telah mengajar dayang2 laen utk tujuan dipersembahkan di majlis keramaian. Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.



Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.



Mungkin ada anak muda yg belum pernah melihat persembahan tarian Inang, namun Iejam pernah melihat kawan2 Iejam yg belajar semasa di universiti, join kelab kebudayaan dan mewakili universiti ke pertandingan pertandingan.


Ayuh usha video kat bawah nih... dan kenali keindahan seni kebudayaan tradisional Melayu, Tarian Inang... Jom... video ni from kumpulan Adimastuli UPM, 1st tarian Inang, 2nd zapin dan 3rd Joget....




- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

3 comments:

kotak bulat said...

kb pernah menari ni time kat kelb kebudayaan dulu.. tp keras la.. hehehe..kb xde bakat

Rohaizam Rosli said...

iejam pon xberapa pandai.... menari kat u ni jer... tu pon bukan wakil u pon... huhu...

c genk bah ne said...

huhuhu..
genk langsung tak penah wat tarian ne..
almaklumlah,org sabah hehehe..lgpun genk tak join kelab kebudayaan..
hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih