Friday, July 22, 2011

Teknologi Nuklear : Apa kata anda??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....


Petang petang camni terasa damai jer... huhu now Iejam daa kat umah daa bru balik ptg semalam... huhu... ermmm terasa nak update blog nih haa... hari ni nak citer sal nuklear... bukan apa... aritu pegi exam PTD tu ada soklan esei pasal teknologi nuklear nih... so Iejam nak kongsi la skit sal teknologi nih...


Teknologi nuklear nih kalau korg nak tau da byk negara luar pakai cm Amerika Syarikat, Jepun dan laen2 lg... malahan negara jiran kita pon mula melabur untuk bina reaktor janakuasa tenaga nuklear nih... apa spesialnya benda nih??


Kalau korg semua nak tau... dgn penggunaan teknologi nuklear nih kita mampoo menghasilkan tenaga elektrik berlipat gandanya daripada pengahsilan tenaga menggunakan kaedah hidroelektrik kat Empangan Kenyir dan Empangan Temenggor.




Hidroelektrik memerlukan kawasan yang luas untuk pengaplikasian kaedah ini bagi menjana kuasa kepada seluruh Malaysia berbanding teknologi nuklear ini, pusat janakuasa cuma memerlukan tapak setempat dan berdekatan dgn persisiran pantai. Ini kerana bagi memudahkan pusat janakuasa ini mendapatkan sumber air untuk tujuan sistem penyejukan untuk berfungsi.


Tenaga yang dihasilkan oleh pusat janakuasa nuklear ini adalah lebih tinggi dan bakal menurunkan tarif harga elektrik yg selama ini semakin meningkat dan menjadi beban rakyat. Malahan juga ini bakal menarik pelabur asing untuk datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara kita.





Jadi bagi Iejam xsalah nak apply benda nih... cuma dari sistem keselamatan serta kesihatan masyarakat sekeliling kna amek kira la... so langkah2 ni semua kna diutamakan dan mengikut Akta Perlindungan Alam Sekitar 1984 lorr... huhu~~~


So apa pendapat korg plak?? kongsikan dengan Iejam... jgn segan jgn malu... Jom komen ~~



- CETUSAN MINDA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA -

3 comments:

Damn Nations said...

Saya sayang nuclear! :)

Abu Huzaifah said...

haha... nuclear tak boleh kalau kat Malaysia... boleh mengganggu alam sekitar...

miss jambu said...

walaupun ada kebaikkan,tp kesannya amat besar. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks