Friday, July 1, 2011

Say NO PLASTIC !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Erm pasti semua cm tertnya2 knapa Iejam benci3 kan... Bukan apa, ada beberapa senario yg Iejam lihat sekarang yg Iejam jadi panas sgt. Nak tau apa... Jom usha gambar kat bawah nih...


Pasal ni la, Iejam bukan apa Iejam pon bukan la manusia yg tak menghasilkan sampah. Kita semua akan menghasilkan sampah tak kisah la organik ker tak organik tp yg penting kita perlu tau apa sebenarnya kriteria utk menjadikan sesuatu tu sampah.


Iejam yakin maseh ramai lagi yg tak dapat beza kan mana sampah dan bukan sampah di dalam tong sampah masing2 (myk sgt sampah daa). Okay b4 Iejam berpanjang lebar lg nih, Iejam nak buat segmen Tahukan anda... Ermm Tahukah anda sampah sarap yg dihasilkan sehari di Malaysia adalah sama besar dengan negeri Perlis?? Percayalah bahawa ini adalah fakta.


Bila dipikir-pikir dan dikaji semula, apa sebenarnya yg ada dalam sampah rakyat Malaysia ni? kalau semua nak tau, 50-60% sampah kita ni byk sgt sisa makanan. Apa maksud semua nih? Ini menunjukkan rakyat Mlaysia suka membazir makanan. Betoi dak? Cuba cek tgk tong sampah hampa semua... Iejam tak cakap kosong tau, Iejam penah p check satu persatu tong sampah kat Putrajaya dlu. Hampa tnya tak geli ka? haaa... geli mmg ada tp ingt ada org carik rezeki dgn angkat sampah2 kita semua, rezeki halal buat anak bini... (Iejam respek abg2 dan pakcik2 nih)

Sronok bekerja dgn pakcik2 nih... ramah dan mesra... seminggu Iejam dgn diorg...


Nak tau lg apa yg byk dalam sampah kita?? Haaa next tempat keduanya dgn markah 12-15% ialah PLASTIK. Btol plastik mmg masalah terbesar dalam industri pelupusan sampah. Nak tau knapa Iejam ckp cmni? 1st nak kongsi pengalaman Iejam time praktikal dlu kat company yg handle sampah2 nih iaitu Alam Flora Sdn Bhd. Semasa Iejam praktikal kat sini mmg byk kalai Iejam pegi tempat pelupusan sampah. Mak aiii bila sampai sana sampah kita mmg berlungguk2 byknya. Yg paling byk PLASTIK la..


Kenapa Iejam merahkan PLASTIK dan siap Uppercase lg....ni sbb Iejam xsuka huhu... Fakta membuktikan bahawa PLASTIK mengambil masa lebih RATUSAN TAHUN untuk diuraikan. Maknanya selepas RATUSAN TAHUN, PLASTIK yg kita buang hari ni bru hilang. Bygkan brapa byk PLASTIK yg dipakai dan dibuang?? Byk dan tak terkata jumlahnya dan masih bersepuk2 kat situ (tempat pelupusan).


So Iejam nak nasihatkan kat kawan2 semua untuk kurangkan atau hentikan terus pemakaian PLASTIK dalam kehidupan seharian. Nak gi shopping bwk la raga sendiri ataupun beg. Tak dela kita nih menambahkan masalah pencemaran alam sekitar. Sama-sama selamatkan bumi tercinta untuk generasi yang akan datang.


Ada lagi cara lain iaitu KITAR SEMULA. Sangat bagos program nih sbb kita kurangkan benda kita nak buang. Sebenarnya dalam sampah kita tu ada lg yg boleh dipakai, cuma kena carik betol2 jgn main nak buang jer. Byk mende yg boleh dikitar semua contohnya paper (anykind of paper), botol kaca, botol plastik, kotak minuman, barangan elektronik, tin aluminium, besi, dan lain2 lagi. Kalau nak tahu, cuma 5% rakyat Malaysia aja yg buat kitar semula nih. Erm sikit jer tau...


Ni la tempat Iejam pernah praktikal slama beberapa hari,
menjaga Pusat Kitar Semula Putrajaya Presint 9... huhu...


Inilah contoh barang yg boleh dikitar semula... ni yg mana penduduk kat sini hntr...


Iejam bukan nak marah2 cuma sekadar peringatan buat semua, yela skarang tgk byk pencemaran tak kira kat mana2, even kat padang permainan, benda simple jer, masukkan sampah dalam tong sampah. Itu pun ada yg xleh nak buat, sebab apa?? Sbb xde kesedaran... Jgn la sampai dunia ni dah teruk, penyakit merata2, pencemaran merata2 bru nak sedar. Tapi dah terlambat nak terhegeh2 nak kitar semula or kurangkan pecemaran. Sebelum terlambat baek mulakan dari sekarang.


Iejam bukanlah apa... bila ada pengalaman berpraktikal kat Alam Flora ni, apa yg Iejam nmpk Iejam nak kongsi dgn semua biar semua nmpk dan tau apa sebenarnya yg berlaku. So, ni sedikit sebyk perkongsian pengalaman Iejam bersama Alam Flora Sdn Bhd. Jom usha2....


Ni saat2 nak visit n pantau tapak perlupusan sampah...


Ta daaa... da sampai dan siap posing2 lg dgn bju kemeja bagai ~~


Selori nih kutip sampah pepagi lagi.. Erm nak tau sapa yg kutip?? Jom skroll...


Inilah muka2 yg kutip sampah tu... Iejam buat keja ni seminggu wooo...


haha... ni tgh mengangkut, buka plastik dan check ada apa dlm tu... sbb tu Iejam tahu apa kandungan sampah rakyat Malaysia... hahaha gigih tau siap jumpa ayam KFC yg tak makan lg...



semua ni la yg kitorg bukak n usha ada apa dlmnya... seluar dalam pon ada... ish3 xpatot3...



yg ni iejam buat baja compost... dari apa?? usha kat bwah....



daripada sisa makanan yg dikumpulkan dari hasil operasi mengeledah sampah td...


Itulah serba sedikit pengalaman yg Iejam nak kongsikan, mungkin ada yg rasa geli tp inilah hakikat perjalanan hidup Iejam. Pengalaman tu sgt best dan seronok sgt praktikal Iejam. Takde la dok dalam lab aja, or dok dalam ofis aja. Praktikal Iejam mmg luar dalam ofis dan sampai pergi merata2 bos bwk Iejam. Mmg best sgt dapat bos cmtu. huhu~~~


So, Iejam akhiri dgn hidup lebih ceria bersama alam sekitar yg bersih serta tiada pencemaran. Berusahalah menjadi makhluk ciptaan Allah S.W.T yang bersyukur dgn nikmat yang diberikan. Sekian saja, selamilah nukilan jiwa Iejam KedondongLikat.


p/s : segala gambar adalah diambil semasa berpraktikal dulu....


8 comments:

Damn Nations said...

Go Green! XD

Rohaizam Rosli said...

huhu... btol3... go green... jaga alam sekitar... huhu entry ilmiah kan... hahaha entah sapa la nak baca...

PenDekAr LauT said...

Pengalaman memberi kita pengajaran...

Rohaizam Rosli said...

huhuhu... tepat skali pendekar laut.... huhu...

Zahariah said...

banyaknya plastik.... xnak la guna plstik pas ne..huhu..

Mohamadazhan.com said...

sekarang kempen tiada plastik hari sabtu....kesian alam sekitar makin tercemar tu..

Rohaizam Rosli said...

azhan >>> no plastic on saturday xdpt nak selesaikan masalah 6hari yg pakai plastik...ermmm kalau hari2 no plastik lg bgos....

cik pip said...

bgus2..mantap!! :)
dtg terjah sini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenguk La Diorg Nih

Blogged.my Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Backlinks